Chapter 45 • Puasa

17.4K 873 24
                                    

Aulia menaiki satu persatu anak tangga. Barulah dia dapat naik ke bilik. Dari selepas terawih Puan Nafisah dan Naura mengajaknya berbual. Katanya dah lama sudah tidak 'girl's talk'. Seronok juga dapat berbual dengan perempuan sahaja. Lagi-lagi bila topik shopping yang keluar.

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Niyaz pula sudah selamat beradu di bilik atuk dan neneknya. Mama kata nak lepaskan rindu dengan cucu memandangkan esok pagi kami sudah balik. Niyaz memang suka lah cerita dia.

Sesudah Aulia minum air di dapur, langkahnya diatur ke tangga. Aulia terasa dirinya diperhatikan. Aulia menoleh. Naura khusyuk menonton drama koreanya. Herm. Perasaan aku je kot. Aulia naik satu persatu anak tangga. Tangan memegang susur tangga. Penat. Mengantuk. Macam biasalah bila tiba waktu bulan puasa sahaja, mata ini akan mengantuk awal. Nadiem? Entah lah dia pergi mana. Mungkin berbual dengan papa dan Nazmi di luar.

Pintu bilik dibuka dari luar. Alangkah terkejutnya dia apabila biliknya penuh dengan bungaan ros yang bertaburan di lantai. Terus segar matanya apabila melihat bungaan ros merah ini. Keadaan bilik agak gelap tetapi diterangi dengan lilin yang disusun. Aulia melihat sekeliling mencari susuk tubuh suaminya. Tak ada. Aulia masuk ke dalam bilik lalu pintu bilik ditutup perlahan.

Perlahan Aulia berjalan. Dah macam grand entrance pengantin pula. Hehe. Senyuman Aulia melebar apabila melihat bertaburan belon putih merah di atas lantai. Atas katil pula penuh dengan taburan bunga ros. Okey, sekarang Aulia terasa mahu menangis apabila mulutnya membaca belon yang tersusun membentuk perkataan 'happy anniversary'. Bukan mahu menangis tapi dah menangis. Macam mana dia boleh lupa hari ulangtahun perkahwinan mereka.

Setiap inci bilik dilihat. Bila lah Nadiem menghias semua ni. Aulia bermain-main dengan bunga ros di atas katil. Dia mengambil beberapa kelopak bunga ros lalu dihidu. Matanya tertutup menghidu bauan ros. Tiba-tiba bauan ros bertukar bauan minyak wangi yang sangat dia kenal. Ada sesuatu yang menindih bahunya.

"Bunga tu wangi ke atau abang yang wangi?" Tanyanya

Aulia memusingkan badan menghadap suaminya lalu tubuh sasa itu dipeluk erat. Matanya dipejamkan seketika bagi menikmati bauan minyak wangi yang ada ditubuh Nadiem.

"Of course abang yang wangi"

Aulia senyum kerana terasa ubun-ubunnya dikucup lama. Terasa seperti baru sahaja mereka bernikah semalam. Tapi yang ini versi tidak ada rasa malu dah. Hehe. Kalau dulu malu-malu kambing.

"Happy anniversary cinta hati abang. Abang tak tahu nak cakap apa untuk anniversary kita ni sebab abang tak sempat nak buat skrip. Next year abang upah orang buatkan skrip untuk abang ya"

Aulia ketawa. Dada suaminya dipukul manja. Aulia menatap mata suaminya. Mulut Aulia bagai digam. Dia membiarkan Nadiem menghabiskan kata-katanya.

"Abang masih tak percaya sayang dah menjadi hak mutlak abang sekarang. Tanggungjawab abang. How time flies without we knowing. Dari kita jumpa dekat dewan kuliah universiti until kita dah ada Niyaz. Budak kecik naughty tu. Macam mummy dia" Nadiem memegang dagu runcing Aulia

Senyum Aulia terhenti.

"Abang ingat dekat mana first time kita jumpa?" Tanya Aulia ingin kepastian

"Of course ingat. Junior yang takut-takut nak bagi kertas dekat orang sebelah tapi pandang abang yang duduk dekat belakang dia. Dia ingat abang nak tolong bagikan kot" Nadiem senyum senget

Aulia ketawa. Iya! Masa tu lah aku mula suka Nadiem. Dengan pandangan mata dia. Ahahahaha.

"Abang sombong masa tu. Abang tak layan sayang. Masa dekat padang pun abang pergi macam tu je lepas sayang tolong rawat abang" Aulia memeluk tubuh. Mulutnya muncung ke depan. Merajuk lah konon.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now