Chapter 49 • Raya

19.4K 1K 71
                                    

Nazmi mengeluarkan beberapa jenis mercun dan bunga api dari keretanya. Semua budak-budak teruja. Dia menyusun semua mercun dan bunga api yang dia beli di atas bonet keretanya. Nazmi sengaja beli untuk memeriahkan suasana raya. Semua kanak-kanak melompat teruja.

Nazmi membahagikan bunga api untuk kanak-kanak yang beratur seperti meminta duit raya. Bukan yang muda saja, yang tua juga turut main. Ni besok kalau korang minta duit raya dekat aku, aku bakar baju raya korang. Muehehehe.

Niyaz menarik hujung baju Nadiem. Nadiem duduk melutut dihadapan anaknya.

"Niyaz nak apa, sayang?" Tanya Nadiem

Niyaz menunjukkan beberapa batang bunga api ditangannya.

"Niyaz nak main bunga api tapi Niyaz takut. Daddy boleh tolong Niyaz? Kita main sama-sama nak?"

Nadiem tersenyum sebelum dia mencubit pipi anaknya. Nadiem mengangguk.

"Okey jom kita bakar" Nadiem membawa Niyaz mendekati pelita yang dipasang di depan rumah.

Nadiem memegang tangan kecil Niyaz untuk membantunya membakar bunga api pada pelita yang dipasang. Niyaz menunggu dengan sabar. Matanya bersinar apabila bunga apinya sudah terbakar.

Niyaz terus melompat-lompat. Dia memusingkan tangannya. Nadiem cepat-cepat menjauhkan diri sedikit dari Niyaz. Kalau tak habis baju aku berlubang akibat percikan bunga api.

"Niyaz, main elok-elok sayang"

"Okey daddy" Niyaz berlari ke arah kawan-kawannya yang lain.

Nadiem membakar sebatang bunga api yang masih ditangannya. Wah! Cantiknya!

Selamat!
Hari raya!
Hari untuk kita bersuka ria!

Nyanyi Nadiem sambil memusing-musingkan tangan. Naura menggeleng tengok alongnya. Sejak dah jadi bapak-bapak ni, perangai abangnya dengan Niyaz lebih kurang. Like father like son.

Naura mendekati Nazmi apabila budak-budak sudah mula bermain.

"Apa yang Naura boleh main, angah?"

"Kau? Ermmm aku rasa mercun pop pop je kot"

Naura memukul bahu abangnya itu. Dia mengambil mercun das.

"Jom main ni" Naura menggoyangkan mercun das ditangannya.

"Okey jom!"

Nazmi mengambil mercun das untuknya. Mereka berdua menghalakan mercun itu ke atas sebelum dia membakar hujung sumbu mercun itu.

"One! Two! Three! Fire!!!!" Jerit Naura.

Krikk krikk krikk krikk

Tiada keluar apa-apa. Muka Naura kecewa. Nazmi menjelir lidah kerana dia punya berjaya mengeluarkan bunga api. Naura menurunkan tangannya. Tiba-tiba....

Dushh!! Keluar bunga api dari mercun yang Naura pegang tetapi mercun itu menghala ke arah Nazmi. Cepat-cepat Nazmi melompat kakinya.

"Woiii!! Kau nak bunuh aku ke Naura?!"

Naura teruja. Dia punya mercun berjaya! Otaknya memikirkan niat jahat pada abangnya itu. Dia menghalakan mercun pada kaki Nazmi.

"Wingardium leviosa!!" Naura membaca mantra dari cerita Harry Potter

Dushh!!

"Naura!! Kau gila eh?!" Nazmi melompat sambil berlari. Dia campak mercun yang berada ditangannya walaupun ia masih mengeluarkan bunga api. Lantak lah! Asalkan dapat lari dari ahli sihir Naura.

Naura mengejar Nazmi

"Arvada kadevra!!" Naura mengejar sambil ketawa

Dushh!!

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now