Chapter 19

54.5K 2.3K 145
                                    

Badan Aulia terasa bergerak sedikit. Dia merasakan seperti berada dalam kenderaan. Perlahan-lahan Aulia membuka mata.

Dia tahu dia di dalam ambulan. Tangan kirinya digenggam seorang lelaki yang sedang tertunduk. Mulutnya tak habis dari meminta maaf. Siapa ni?. Aulia menarik tangannya. Lelaki itu terus mengangkat muka.

"Aulia, kau dah sedar? Pandang aku. Ni berapa?" Dia menunjukkan dua jarinya.

Aulia hanya mengangguk perlahan. Mulutnya masih terasa sakit akibat tamparan yang kuat. Aulia mengangkat dua jari. Soalan apa lah dia tanya aku ni.

Fikiran Aulia kembali teringat peristiwa pahit yang baru berlaku pada dirinya. Aulia menangis semahunya. Dia bersyukur dirinya selamat maruahnya juga selamat. Aulia sempat mendengar suara polis datang sebelum dia pengsan.

Nadiem cemas melihat Aulia menangis tersedu sedan.

"K-kau kenapa? Kenapa menangis? Kau jangan buat aku cuak. Aku minta maaf sebab tak angkat call kau. Kenapa kau tak bagitahu nak keluar? Kenapa beli barang sorang?"

Sempat lagi nak bergaduh dia ni. Aulia menarik tangannya.

"Kalau awak nak bergaduh dengan saya, lupakan lah. Saya malas nak layan" kata Aulia lemah.

Tangan Aulia kembali digenggam. Aulia cuba menarik tangannya tetapi semakin erat genggamannya. Fikiran Aulia teringat pada Zara.

"Zara mana?"

"Siapa Zara?"

"Budak yang kena culik dengan saya tu"

"Dia dibawa ke balai. Untuk buat keterangan"

Aulia mengangguk

"Boleh tak kau fikir diri kau dulu sebelum orang lain?"

Nak gaduh lagi ke ni? Hobi dia cari gaduh dengan aku ke? Tak penat ke? Aulia hanya diam dan memejamkan matanya. Tangannya ditarik semula.

"Aulia, aku minta maaf"

Genggaman tangan Aulia dieratkan. Tangan Aulia dibawa kemulutnya lalu dicium. Entah kenapa jantung Aulia berdebar bila diperlakukan begitu.

Nadiem duduk di sisi katil Aulia. Wajah kecil Aulia yang sedang tidur itu dipandang lama. Rambut ikal Aulia yang menutupi sedikit mukanya di ketepikan. Terukir senyuman dibibirnya. Cantik sangat kau ni Aulia. Bertudung cantik, tak bertudung lagi lah cantik.

Nadiem menongkat dagu merenung wajah Aulia sepuasnya.

Aulia melihat sepasang mata yang memandangnya selepas dia terjaga.

"Awak kenapa pandang saya macam tu?"

Nadiem masih merenungnya. "Saja je" Sambil tersengih macam kerang busuk.

Aulia memegang mukanya. Ada yang tak kena ke? Aulia memegang kepalanya. Tidak bertutup walau dengan sehelai kain. Cepat-cepat Aulia masuk ke dalam selimut.

"Apa awak buat dekat saya? Mana tudung saya?"

"Mana ada aku buat apa-apa. Aku sampai tadi kau memang dah macam ni"

"Tipu!"

"Betul lah"

"Tipu! Penipu!"

"Suka hati kau lah"

"Awak buat apa dekat sini? Pergi lah kerja"

"Aku cuti"

"Cuti apanya? Hari ni kan hari Selasa"

"Cuti sebab jaga orang tu sakit lah"

Aulia mengintai sedikit disebalik selimut. Dia cuti untuk jaga aku? Nadiem masih memandangnya. Pandangan itu membuatkan Aulia tak senang duduk.

RARE HUSBAND || COù les histoires vivent. Découvrez maintenant