Chapter 42 • Puasa

26.1K 1K 41
                                    

Aulia bercekak pinggang memandang langsir ruang tamu. Sakit pula hatinya melihat langsir ini. Boleh tak kau buka diri kau sendiri? Aku malas betul nak panjat tangga untuk buka kau. Haih. Tangga pula berat. Selalunya Nadiem yang akan ambilkan tangga di stor dan bukakan langsir. Tapi dia outstation tiga hari. Jadi terpaksalah buat sendiri.

Aulia memandang sekeliling mencari kerusi yang boleh dia panjat untuk membuka langsir. Yes! Kerusi meja makan. Aulia mengambil kerusi lalu letak betul-betul dihadapan langsir. Dengan penuh berhati-hati, Aulia memanjat kerusi.

Alamak! Tak sampai. Nasib kau lah Aulia. Siapa suruh pendek sangat. Aulia menjengket sedikit. Hampir sampai! Sikit lagi!

"Sikit lagi, Aulia! Kau boleh buat! Walaupun kenyataannya kau tak sampai" kata Aulia untuk memberi semangat pada diri sendiri.

Aulia cuba melompat sedikit.

"Ya Allah, sayang!"

"Oh mak kau!" Terjongket bahu Aulia. Dia menoleh memandang Nadiem yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Aulia kembali menyambung niatnya untuk mencabut langsir walaupun dia terkejut Nadiem tiba-tiba muncul. Kalau diikutkan, suaminya akan balik esok.

Panik Nadiem melihat isterinya yang sedang melompat di atas kerusi. Kaki isterinya pun sudah berada dihujung kerusi. Itu kalau tersalah langkah, confirm jatuh bak nangka busuk. Nadiem terus memeluk kaki isterinya erat untuk menahan Aulia dari terjatuh.

"Sayang buat apa ni? Jatuh nanti. Abang dah kata nanti abang buat" Nadiem mengangkat muka memandang Aulia.

"Abang, kita ni dah nak puasa tau. Lagi dua hari je nak puasa. Sayang nak tukar langsir before puasa. Sayang tak suka tengok langsir warna ni. Tak cantik. Sayang dah beli langsir baru"

Nadiem menggeleng. Sudah hampir sebulan Aulia membebel tentang warna langsir yang Nadiem pilih. Katanya tak sesuai dengan warna rumah lah. Tak sesuai dengan sofa lah. Warna macam itu lah. Warna macam ini lah. Pening dibuatnya.

"Abang tu sibuk je memanjang. Bilanya abang nak buat? Sayang ni masih ada tenaga lagi nak buat semua ni"

"Dah-dah. Turun sekarang. Biar abang buat" Nadiem menghulurkan tangan untuk mendukung isterinya turun.

Laju-laju Aulia menggeleng. Pipi Nadiem dipegang lalu ditekan sedikit. Bibir mungil Aulia menindih bibir Nadiem. Sekejap.

"Biar sayang buat. Okey?" Aulia mengusap pipi Nadiem

Nadiem senyum sampai ke telinga apabila mendapat hadiah daripada isterinya. Dia mengangguk perlahan. Rindunya abang pada sayang. Dua hari terasa seperti dua abad. Pelukan dieratkan lagi lalu dia mengangkat Aulia sedikit.

"Abang tahu isteri comel abang ni tak sampai nak buka langsir. So, abang tolong angkat sayang. Okey?"

Aulia mengangguk gembira. Dia terus membuka langsir satu persatu. Berat pula langsir ni!. Kain langsir yang sudah dibuka jatuh menutupi muka Nadiem.

"Sayang! Tolong! Abang tak nampak muka comel sayang"

Aulia yang baru perasan terus mencari muka Nadiem dibawah langsir tadi. Aulia menahan tawa. Kesian abang. Penat-penat balik kerja kena tolong sayang pula. Dia memasukkan dirinya ke dalam langsir. Dia memaut leher Nadiem.

"Sayang dekat sini. Dah ada depan mata abang" Aulia menyatukan dahi mereka.

Nadiem tersenyum gembira. Dia mengangkat Aulia ke tempat lain. Kakinya bergerak melangkah mencari sofa pula. Almaklumlah, dua-dua berada di bawah langsir. Jadi, perlu gunakan deria rasa sahaja.

Nadiem masih tak jumpa sofa. Ke mana pula sofa mereka ni?. Tak kan lah Aulia sudah mengubah kedudukan sofa? Entah macam mana, kaki Nadiem terlanggar kaki meja lalu mereka terjatuh ke lantai. Aulia jatuh menindih Nadiem. Tangannya automatik berada di dada Nadiem.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now