Chapter 29

57.9K 1.9K 119
                                    

Cepat-cepat Aulia keluar dari bilik. Langkah Aulia terhenti bila abang Umar tercegat depan pintu bersama Yaya. Yaya terus memeluk Aulia.

"K-kenapa abang Umar dekat sini?"

"Yaya ni nak masuk bilik ni semula. Katanya nak buat tiktok dengan Al lagi. Tapi bila dia nak masuk, pintu kunci."

"Oowh. Err. Tak tadi...."

"Al okey tak?. Kenapa berpeluh ni?" Tanya abang Umar

Aulia terus mengelap peluh yang mengalir di pipi. Memang dia tengah berpeluh dari tadi. Ni semua Nadiem punya pasal! Tiba-tiba Nadiem keluar. Tangannya sedang membutang baju. Langkahnya juga terhenti melihat abang Umar disitu.

Mata abang Umar silih berganti pada Aulia dan Nadiem.

"Laaaa. Berdua rupanya. Patutlah pintu berkunci" abang Umar mengangguk faham apa yang berlaku

"Eh tak tak. Abang Umar salah faham ni." Beria Aulia menafikan. Nadiem memeluk pinggang Aulia sambil tersenyum

"Dah lah Yaya. Yaya tak boleh kacau aunty sekarang. Aunty Yaya ni ada orang lain kena layan. Yaya main dengan tok abah tau"

Abang Umar dukung tubuh kecil Yaya. Yaya ikut saja ayahnya turun ke bawah. Sempat Yaya melambai pada Nadiem. Amboi dia! Gatal dengan laki kita.

"Eh abang Umar. Tak. Biar Al explain. Tadi tu cuma...."

"Dah lah sayang. Tak payah lah beria nak explain. Kalau betul pun apa yang abang Umar fikir tu apa salahnya"

Aulia memandang Nadiem dengan pandangan tajam. Dia ni! Buat malu je kalau abang Umar fikir kita ada buat apa-apa. Aulia terus turun meninggalkan Nadiem disitu.

"Laaa. Abang pulak kena marah." Kata Nadiem selepas kelibat Aulia hilang dari pandangan.

****

Aulia menyelongkar meja belajarnya. Tak ada?. Mana pergi kotak tu?. Semua laci sudah dibuka. Masih tak jumpa. Aulia bercekak pinggang. Kat mana aku letak ya?. Rasanya aku tak ada letak dekat mana-mana. Hermm lantak lah. Biar jelah.

Aulia duduk depan Almari bajunya. Hampir semua baju yang bergantung dibawa keluar. Bawak je lah semua. Aulia duduk bersila sambil lipat satu persatu bajunya.

Nadiem yang tiba-tiba masuk terus menghampiri isterinya. Hidung Aulia dicubit lama. Sampai merah hidung Aulia.

"Kenapa sayang tak panggil abang? Abang boleh tolong kemaskan barang sayang ni"

"Awak kan tengah bersembang dengan abah tadi"

"Tak boleh tunggu abang habis bersembang?"

Aulia membuat muka. Tahu Nadiem tengah marah tapi siapa kesah. Dia terus melipat bajunya. Tanpa disuruh, Nadiem terus duduk disebelah isterinya. Baju kurung Aulia dilipat. Kemas betul. Aku yang perempuan pun tak lipat baju sekemas tu. Muka Nadiem yang khusyuk melibat baju direnung lama.

"Eeii. Dia ni suka buat muka macam tu. Abang geram lah" hidung Aulia dicubit.

Muka Aulia monyok sambil menggosok-gosok hidungnya yang merah. Aulia hanya memerhati suaminya melipat baju.

"Kenapa pandang abang macam tu? Ingat abang tak pandai lipat baju ke" Nadiem menjongketkan kening

Aulia tersenyum sinis

"Jangan pandang remeh dengan abang tau. Abang dah masuk kursus kemas rumah dengan mama before kita kahwin lagi. Mama siap bagi abang sijil lagi."

"Eleh"

Nadiem ketawa.

Mata Aulia asyik menoleh pada suaminya. Banyak persoalan yang berada difikirannya. Kau ni mata! Cuba duduk diam-diam. Aulia terus duduk membelakangi Nadiem. Kalau duduk sebelah dia nanti mata ni gatal nak tengok Nadiem. T-shirt jersey diambil untuk dilipat.

RARE HUSBAND || COnde histórias criam vida. Descubra agora