Chapter 14

50.7K 2.4K 128
                                    

Hari terakhir Aulia intern di syarikat itu, mereka adakan majlis perpisahan. Aku yang hati tisu ni memang menangis lah cerita dia. Hingus semua keluar.

Kak Leeza dipeluk erat. Sudah dianggap macam kakak sendiri. Banyak benda yang Kak Leeza tolong. Dari awal sehingga akhir, banyak tunjuk ajar yang diberikan.

Aulia menghadiahkan kak Leeza sehelai tudung dan beberapa buah tangan lain. Untuk pekerja lain pun dapat juga. Tapi buah tangan biasa je.

Dah sebulan Aulia menganggur tanam anggur. Bukan anggur je, jagung, pisang, tembikai semua ada. Aulia sudah menghantar resume di beberapa syarikat tapi masih tiada jawapan.

"Termenung apa adik abang sorang ni?"

Lamunan terhenti apabila abang umar menyapa.

"Termenung tunggu putera raja datang meminang depan pintu. Tak payah susah payah Al nak minta kerja bagai. Sekarang ni semua senang kalau ada cable"

Bukan Aulia tak cuba, tapi semua tak terima atas alasan nak kan pengalaman kerja at least tiga tahun. Kalau tak bagi peluang fresh graduate kerja macam mana nak dapat pengalaman tu. Itu pun tak boleh fikir ka.

"Kena lah usaha sikit. Bukan senang nak senang. Setiap usaha mesti akan hasilkan buah-buahan"

Aulia memandang abangnya pelik. Macam pelik je ayat tu. Macam ada yang salah je dekat situ. Anak mata mengikut susuk tubuh abangnya.

"Abang nak pergi mana?" tanya Aulia apabila melihat abangnya segak bergaya dihujung minggu ni. Kalau segak-segak gini mesti nak keluar dating dengan kak Tasha.

"Ada meeting sekejap."

"Meeting ke dating dengan kak Tasha?" Aulia senyum senget. Mentang-mentang anaknya ada dirumah mak ayah kak Tasha. Suka pulak abangnya dating berdua ya. Memang tak lah aku biarkan. Aku akan jadi orang ketiga antara abang dan kak tasha. Hehe.

"Sibuk je"

"Abang, nak ikut!"

"Tak boleh!"

"Akak tengok abang!" Aulia memeluk kakak iparnya yang baru turun. Terkebil-kebil kak Tasha apabila tiba-tiba dipeluk.

"Awak ni bagi je lah Al ikut. Kesian dekat dia. Duduk rumah je"

Yes! Kak Tasha back up!

"No lah awak. Dia ni nak mengacau kita je nanti. Abang nak dating berdua je dengan awak"

Abang Umar mencebik.

"Bagitahu abah yang abang tak nak bawak Al sekali" Aulia menggoyangkan jari telunjuknya.

"Abah!! Tengok Abang Umar ni tak nak baw..."

Umar terus menutup mulut Aulia.

"Hish. Yelah yelah. Cepat siap. Kuat mengadu betul! Ni kalau dah ada suami, mesti suami pun pening nak layan"

"Yeay!" Aulia terus bersiap.

Abang Umar memang kalah dengan abah. dia tak sanggup nak mendengar bebelan 10 minit abahnya itu.

***

Aulia duduk meja lain. Dah berjanji tak nak mengacau abangnya dating dengan kakak iparnya. Tak apalah asalkan dapat keluar dari rumah. Asalkan dapat tengok cahaya matahari. Kalau duduk rumah dapat tengok cahaya tv je.

Javachip Frappucino menjadi menu pilihan. Donut cheese dijamah sedikit.

Dari jauh Aulia melihat ada orang menegur abang Umar. Nampak mesra. Siapa tu? Dari belakang macam kenal. Biarlah. Tu mesti kawan abang Umar. Abang Umar kan ramai kenalan. So, no wonder lah ramai yang tegur.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now