Chapter 22

54.6K 2.1K 142
                                    

Aulia bersandar pada kepala katil. Lututnya dipeluk. Sofeya yang sudah berdengkur halus dipandang seketika. Hampeh betul kau Feya! Kata nak girl's talk sebelum aku jadi isteri orang, last-last kau yang tidur dulu.

Mata beralih pula pada 9 dulang hantaran yang sudah cantik terhias diatas lantai. Satu persatu hantaran itu dipandang. Betul ke aku nak kahwin dengan dia. Hati Aulia semakin ragu-ragu dengan keputusannya.

Terlampau banyak yang berada difikirannya sehingga air matanya jatuh tanpa sedar. Aulia menutup mulutnya supaya tangisannya tidak mengganggu Sofeya tidur tapi dia gagal.

"Hey, kau kenapa ni? Kenapa kau menangis ni?" Tanya Sofeya

Sofeya menyeka air mata Aulia yang berjurai itu. Kawan baiknya itu dibawa dalam pelukannya. Belakang badan Aulia digosok untuk ditenangkan.

Aulia hanya menunduk. Tak tahu nak luahkan apa yang dia rasa sekarang. Wajah Sofeya dipandang dengan muka yang basah dengan air mata. Muka Sofeya sudah berubah secara tiba-tiba.

"Aulia!" tiba-tiba saja Sofeya meraung.

Aulia terdiam. Terhenti seketika air matanya. Dah kenapa Sofeya yang beria menangis ni. Aku yang sedih sekarang ni.

"Kenapa kau nangis?"

"Aku nangis sebab aku tengok muka kau. Huwaaa!!"

"Kau nak kata muka aku buruk ke?"

Laju Sofeya menggeleng selepas beberapa saat dia mengangguk pula. Mata mereka saling bertemu. Keadaan menjadi diam seketika.

Huwaaa!! Kedua-dua mereka meraung semahunya bila mereka bertentang mata. Seolah-olah faham isi hati masing-masing. Mereka berpelukan sambil menggoyangkan badan ke kiri dan ke kanan.

"Aku tak nak kahwin" Aulia menggeleng

"Kau kena kahwin jugak" Sofeya mengangguk

Pelukan mereka masih tidak dileraikan. Mata juga masih berjurai dengan air mata.

"Aku nak lari"

Sofeya masih menggeleng

"Jangan. Nanti kau susahkan aku. Sebab semua orang akan tanya aku kau dekat mana. Cukup lah selama ni kau menyusahkan aku."

Aulia terlebih dahulu meleraikan pelukan mereka. Tak guna betul Sofeya ni. Bukan nak sokong aku. Mereka sama-sama menyeka air mata. Tangisan mereka terhenti disitu.

"Tapi aku takut"

Muka Sofeya berubah secara tiba-tiba.

"Kau takut apa? First night ke?" Sofeya tersenyum senget sambil mata dikecilkan.

Aulia menepuk dahi licin Sofeya

"B-bukanlah gila!. Aku takut keputusan aku salah"

Pecah tawa Sofeya bila melihat muka Aulia tak keruan.

"Relax lah sis. Itu semua permainan kawan lama kau je"

Berkerut dahi Aulia. Kawan lama? Sofeya mengangguk apabila melihat wajah Aulia tidak faham apa yang dikatakan.

"Kawan lama kau syaiton anak rojim yang tinggal dalam hutan belakang rumah aku tu"

Aulia membuat muka pasrah. Aku redha dapat kawan macam Sofeya ni. Karang aku jual dekat shoppe baru tahu. Eh bukan jual tapi bagi free.

"Eh, aku baru teringat, aku ada hadiah untuk kau. Aku bagi hadiah awal untuk bride to be ni" Sofeya terus menukar topik bila dia teringat sesuatu.

Sofeya turun dari katil queen itu dan mengambil sesuatu dalam bag luggagenya. Nah!

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now