Chapter 28

64.1K 1.9K 294
                                    

Aulia melihat jam di telefon. Mata dikecilkan untuk lihat dengan jelas. Dah pukul 6.15. Perlahan-lahan Aulia mengalihkan tangan yang berada dipinggangnya. Aulia melihat Nadiem sudah mencari-cari kerana tangannya terasa kosong. Cepat-cepat Aulia menggantikan dengan bolster. Nadiem terus memeluk dan mencium bolster.

Kelakar lah awak ni Nadiem. Nanti lah saya kejut awak. Kalau saya kejut sekarang, tak jalan kerja saya nanti.

Aulia tengok mukanya pada cermin. Dia termenung seketika. Ya Allah, aku harap aku ikhlas terima dia. Aulia terus membersihkan diri dan mengambil wuduk.

"Sayang!"

"Mak!"

Tiba-tiba saja Nadiem muncul didepan pintu bilik air. Terkejut Aulia disergah begitu. Nadiem terus memeluk Aulia. Mukanya disembamkan ke bahu Aulia.

"A-awak! Saya ada wuduk!" Jerit Aulia terus menolak Nadiem

Nadiem menarik Aulia dalam pelukannya semula

"Nanti boleh ambil wuduk semula. Sayang pergi mana? Abang mimpi buruk tadi."

Berkerut dahi Aulia. Mimpi apa pulak. Tadi elok je tidur siap peluk cium bolster lagi. Muka Nadiem dipandang. Matanya berlinang dengan air jernih. Betul lah tu mimpi buruk.

"Mimpi apa? Ular datang nak berkawan dengan awak ke? Atau kucing dah tak kawan awak?"

"Apa sayang ni. Ular dengan kucing pulak dah pagi-pagi ni."

Keluhan dilepaskan

"Habis tu mimpi apa?"

"Hmm"

"Awak cepat lah cakap. Saya nak solat ni. Awak tak apa lah uzur." Perli Aulia

"Mimpi sayang bangun pergi bilik air sorang-sorang. Tak kejut and ajak abang sekali"

Ya Allah! Penat lah nak layan suami macam ni. Rasa nak let go dekat shoppe tapi tak boleh. Nanti ada orang beli menyesal tak sudah. Aulia menarik telinga Nadiem.

"Adududuh! Berbisa nya tangan sayang ni"

Nadiem menggosok-gosok telinganya yang merah. Aulia menolak tubuh Nadiem ke tepi katil. Malas nak layan karenah dia pagi-pagi ni. Aulia masuk semula ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.

"Nadiem!!!!"

Bergegar satu bilik dengan jeritan Aulia. Mana taknya, baru saja Aulia keluar dari bilik air, Nadiem terus mencium dahinya. Lepastu boleh pula dia lari sambil ketawa. Memang menguji kesabaran betul. Aulia menarik nafas dalam-dalam. Nadiem dah gelak tak ingat dunia. Aulia mengambil semula wuduk. Tapi kali ni Aulia bawa keluar suku baldi air. Tak boleh banyak-banyak nanti basah kuyup bilik.

"Sayang!" Baru saja Nadiem ingin memeluk Aulia yang baru keluar bilik air, Aulia terlebih dahulu sudah menyimbah air kemuka Nadiem.

Dia terdiam. Habis basah muka dan bajunya. Mukanya diraup. Ha. Buat lagi. Kan dah kena simbah.

"Sayang! Habis basah!"

"Awak tu yang mengada nak sentuh saya dah kenapa. Kan dah kena mandi. Tepi sikit saya nak solat" Aulia mengelak sedikit dari Nadiem yang berada di tengah-tengah pintu bilik air.

"Kalau nak mandikan abang bukan cara ni sayang."

Nadiem mencempung badan Aulia

"Awak, turun kan saya. Penat lah nak ambil wuduk banyak kali."

"Kejap lagi kita ambil wuduk sama-sama. Sekarang sayang kena mandikan abang betul-betul" Nadiem tersenyum nakal

"Tak nak!"

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now