Chapter 35

50.5K 1.5K 64
                                    

Aulia baring di lengan Nadiem. Tangan dimain-mainkan di dada Nadiem. Aulia tak boleh tidur jadi dia tak bagi Nadiem tidur juga. Abang kena teman sayang. Hehe. Nadiem pula dah hampir tertutup matanya tapi bila Aulia nampak Nadiem menutup mata dia terus mencubit perut Nadiem. Aduhai sayang. Boleh lebam perut abang nanti. Jari Aulia kini semakin agresif bergerak ke roti-roti pula. Nadiem memejamkan mata seketika. Si penggoda dah datang.

"Sayang, tangan tu behave sikit boleh?"

"Tak nak! Kalau sayang dengan abang, sayang nak jadi semakin gatal, semakin nakal dan semakin brutal sampai abang tergoda dengan sayang. Jadi hipotesis yang boleh dibuat daripada kajian ni adalah semakin abang tergoda, semakin tinggi tahap bersyukur sayang" Aulia mengangkat kening bila dia mengeluarkan hipotesis bagi kajiannya sendiri. Kajian apa? Kajian sains?

Nadiem gelak. Dia menutup muka dengan bantal lalu menjerit.

"Cukup cukup lah tu goda abang, sayang. Dah pukul 3 pagi dah ni. Esok abang kerja" Nadiem memejamkan mata

"Tak boleh! Biar sayang buat abang tak mengantuk"

Aulia membuka mata suaminya. Hanya nampak mata putih sahaja. Ahahaha. Mengantuk sangat ni tapi kena paksa. Selepas Nadiem menongkat kepala memandang Aulia, tangan Aulia menggeletek ketiak Nadiem.

"Sayang ingat abang geli ke?"

Kini tangan Nadiem mencengkam pinggang Aulia. Lalu tempat itu digeletek.

"Abang!! Geli!! Stop!!"

"Kata nak bagi abang tak mengantuk"

Nadiem naik di atas Aulia. Kini kedua-kedua pinggang Aulia digeletek. Nadiem ketawa dapat mengusik isterinya semula. Sampai terkeluar sedikit air mata Aulia menahan geli.

"Abang!!"

Nadiem berhenti dari menggeletek Aulia. Lemas pula isteri aku nanti. Kedua tangan Aulia dibawa ke atas dan tangan itu ditekan sedikit.

"Sayang, jom"

"Jom?"

Nadiem tersenyum nakal. Kalau senyum macam ni selalunya bahaya. Aulia menahan muka Nadiem yang sudah merapati mukanya. Nadiem menolak tangan Aulia. Tali bathrobe yang berada di badan Aulia diikat untuk menutup badan isterinya. Dia turun dari katil.

"Come naik belakang abang"

Aulia memandangnya pelik.

"Nak pergi mana?"

"Turun bawah. Abang lapar"

Aulia ketawa.

"Sayang pun! Jom!" Aulia terus bangun dan melompat di belakang Nadiem. Leher Nadiem dirangkul kemas. Nadiem tersenyum.

Perlahan-lahan Nadiem turun tangga. Kalau salah langkah ni dua-dua boleh bergolek ke bawah. Setiap anak tangga yang diturun Aulia mencium pipi Nadiem. Bila hampir sampai bawah, Nadiem naik semula beberapa anak tangga supaya Aulia mencium pipinya berulang kali. Nadiem ketawa sedikit. Suka pula dia.

Nadiem menurunkan Aulia duduk di kitchen island. Kaki Aulia yang tergantung dihayunkan. Aulia memerhati Nadiem mengeluarkan barang-barang yang dia ingin masak dari peti sejuk.

"Abang nak masak apa?"

Aulia turun dari kitchen island. Dia nak tolong suaminya bila Nadiem seperti tidak jumpa barang yang dia cari.

"Sayang tak payah nak tolong. Sayang duduk sini. Tengok je abang masak. Untuk malam ni abang tak bagi kaki sayang jejak tanah. Faham?" Nadiem mengangkat Aulia untuk duduk di kitchen island semula

Aulia hanya akur. Tangannya ditongkatkan kakinya pula dihayunkan. Tangan Nadiem lincah menggoreng nugget dan kentang. Laaa, ingat nak masak apa lah tadi. Beria betul cari barang dalam peti sejuk.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now