Chapter 26

64.8K 2.2K 237
                                    

Aulia membantu Puan Nafisah mengemas meja makan. Pinggan kotor disingki dibasuh.

"Aulia, biar lah situ. Nanti Tuti basuh" Kata Puan Nafisah yang kini berdiri disebelahnya.

"Tak apa lah ma. Sikit je lagi ni."

Puan Nafisah mengambil pinggan kotor dari tangan menantunya. Puan Nafisah membawa tangan Aulia ke bawah air yang mengalir.

"Dah. Pergi naik atas, sayang. Aulia tolong Zhaf kemas baju ya. Dia tu bukan reti sangat nak kemas. Selalunya mama yang kemaskan."

"Kemas baju?"

"Iya sayang. Kan esok kita nak naik cruise"

"Cruise?"

"Ya Allah. Ni mesti Zhaf tak bagitahu Aulia kan?"

Memang pun.

"Err. Mungkin dia lupa kot ma"

"Dah. Pergi naik atas. Kamu basuh sikit Zhaf tu. Sengaja lah tu nak bagitahu Aulia last minit."

Aulia akur. Anak tangga didaki satu persatu. Aulia terus menuju ke biliknya. Nak kena Nadiem ni, kenapa tak bagitahu aku awal-awal. Pintu dibuka dari luar. Aulia melihat satu susuk tubuh sedang duduk disebalik katil. Disebabkan dia duduk di lantai, jadi Aulia hanya nampak belakang kepalanya saja.

Apa Nadiem buat dekat situ?. Hehe. Fikiran Aulia nakal nak kenakan suaminya. Aulia berjalan perlahan-lahan supaya tidak mengeluarkan bunyi. Aulia mendekati Nadiem di situ. One. Two. Three. BAHH!!! Aulia membulatkan mata dan lidah dikeluarkan.

Jantung Aulia seperti nak terkeluar sekarang. ARGHHHHHH!!! Hantu cina!!!!!!

Nadiem yang terkejut dengan jeritan itu terus bangun melihat sekeliling.

"Mana?. Mana? Mana hantu cina?"

Mata mereka bertembung.

ARGHHHHHHHH!!! Mereka sama-sama menjerit. Entah kenapa kali ni Nadiem jadi lemah semangat. Dia terus memeluk Aulia.

"Abah!! Hantu cina peluk Al!!!! Tolong!!!! Tak nak!!!!"

Nadiem terus tersedar bila Aulia sudah meronta-ronta. Bini aku rupanya. Bahu Aulia dipegang.

"Hey. Hey, ni aku lah. Suami kau"

Pipi Aulia ditampar perlahan.

Aulia terdiam. Seluruh muka itu dipandang. Mata, hidung, telinga, rambut. Ini memang suami aku. Aulia menolak tubuh Nadiem yang sedang memeluknya. Dada Nadiem ditumbuk.

"Awak buat apa dekat tepi katil ni dengan muka putih macam tu!"

"A-aku tak tau. Aku pakai kau punya ni. Ini kan yang kau pakai sampai kau jadi terlebih comel. Aku pun nak try jugak. Mana tahu boleh comel macam kau" Nadiem menunjukkan botol clay mask ditangannya.

Aulia penepuk dahi. Sekarang ni tak tahu nak happy sebab kena puji atau nak gelak tengok Nadiem yang macam budak-budak tadika.

"Ya Allah, Nadiem Zhafran. Itu clay mask lah" Aulia ambil botol clay mask dari tangan Nadiem dan tunjukkan pada Nadiem perkataan 'clay mask' di atasnya.

Encik Zaidi, Puan Nafisah, Nazmi dan Naura yang sedang menonton televisyen terus berlari ke atas selepas mendengar jeritan.

"Kenapa jerit-jerit tu Zhaf?" Tanya Puan Nafisah

Pintu dibuka tiba-tiba dari luar. Semua menerjah masuk untuk melihat keadaan mereka di dalam bilik. Risau apa-apa terjadi. Semua pelik. Dah kenapa muka Nadiem putih melepak macam tu.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now