Chapter 48 • Puasa

19.9K 1K 40
                                    

Tahun ni Nadiem merancang untuk beraya di rumah mak andak terlebih dahulu. Raya ketiga barulah mereka sekeluarga akan beraya bersama abang Umar dan kak Tasha. Aulia ikut sahaja keputusan Nadiem. Niyaz? Tak payah cerita lah. Dimana saja mereka pergi, dia lah yang paling teruja ingin menyambut hari raya.

Harini adalah pertama kali Niyaz ingin duduk sendiri di belakang. Dapatlah Nadiem ingin bermanja dengan Aulia di depan tetapi Aulia pula tidur sepanjang perjalanan. Macam dia pula yang letih bawa kereta. Haih.

Tangan Aulia diambil lalu dicium belakang tapak tangan itu. Nadiem memegang tangan kecil itu sepanjang perjalanan sebagai penemannya. Orangnya tak nak teman, tangan yang teman pun jadilah.

Rumah mak andak sudah dipenuhi sanak saudara. Puan Nafisah, Encik Zaidi, Nazmi dan Naura juga sudah sampai terlebih dahulu. Mereka semua sibuk menyiapkan persiapan raya. Yang perempuan sibuk merewang si dapur. Yang lelaki sibuk mengacau lauk di luar rumah. Anak-anak muda pula membakar lemang. Aulia rindu suasana ini. Sudah lama dia tidak merasa raya seperti ini.

Niyaz sudah hilang entah ke mana. Almaklumlah ramai kawan-kawannya kerana ahli keluarga Nadiem semua berkumpul untuk raya kali ini. Nasib baik lah rumah mak andak ni agak besar dan banyak bilik.

Selepas letak barang, Aulia menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut. Suara riuh di dapur sudah kedengaran.

"Sayang" Nadiem memanggil. Dia memegang tangan Aulia

"Hmm"

"Sayang okey ke nak tolong dekat dapur ni?" Tanya Nadiem ingin kepastian. Tangannya melingkar di pinggang Aulia. Dia dapat rasakan hari ni akan sibuk dan memenatkan. Risau isterinya letih. Aulia meletakkan kedua tangannya ke dada Nadiem.

"Sayang okey lah abang. I'm your strong wife tau" senyuman manis diberikan

"Sure ni?"

Aulia mengangguk

"Okey sayang. Kalau sayang penat, sayang rehat dekat bilik tau" arah Nadiem

Lagi sekali Aulia mengangguk. Nadiem mengukir senyum. Dia menghadiahkan kucupan di dahi isterinya sebelum Aulia masuk dapur.

Memang betullah yang dikatakan Nadiem. Sangat memenatkan. Tak berhenti buat kerja dari pagi sehingga ke petang. Nak minum air pun kena curi-curi masa. Baru saja dapat duduk, namanya pula diseru. Mata mencari bayang Nadiem. Dia hilang entah ke mana. Mesti sibuk di luar.

Nadiem masuk ke dapur mencari sang isteri. Tiada sesiapa di dapur kerana semua orang sedang berhenti buat sementara waktu untuk solat asar. Nadiem sudah solat asar awal-awal lagi. Aulia juga. Itupun agak lewat.

Aulia sibuk membasuh pinggan di sinki. Terasa bagai semua pinggan mangkuk ini ajaib. Habis dibasuh makin bertambah pula. Ada saja yang meletak pinggan di sinki.

"Kak Aulia, ni ada pinggan mangkuk lagi. Siti letak sini ya" kata salah seorang dari sepupu Nadiem.

Aulia terdiam. Perghh! Bertimbun dia bagi! Pinggang aku ni dah macam nak patah. Rasa nak menangis pun ada. Empangan mata tiba-tiba bertakung tetapi cuba ditahan agar tidak pecah.

"Ha letak lah" Aulia senyum payah. Terpaksalah terima. Tak kan nak tolak.

"Hei Siti. Kau tu dah anak dara kan? Kerja kau dari tadi makan selfie makan selfie sampai abang Jamil mampus. Tak reti nak tolong dekat dapur ke? Basuh pinggan tu kerja kau. Bukan kak long aku. Harap muka je cantik tapi tak reti buat kerja dapur tak guna juga" kata Naura dengan nada sarkastik. Entah dari mana dia muncul

Dari tadi Naura melihat kakak iparnya itu tidak berhenti buat kerja. Tambah lagi memang Naura bengang dengan Siti bimbo ni. Mengarah orang je tahu. Rasa nak humban dalam kuali, gaul sekali dengan rendang mak uda.

RARE HUSBAND || CTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang