Chapter 51 • Raya

33.1K 1.4K 217
                                    

Selamat pagi semua!! Ni terpaling last chapter tapi agak panjang sikit. Hehe. Thank you sebab sudi baca karya pertama lyn. Thank you juga pada yang menegur kesalahan lyn dlm penulisan. Lyn akan edit mana2 bhgn yg ada kesilapan. Btw lyn seronok sebab dapat buat korang ketawa dengan karya lyn yang tak seberapa ni. Nak nanges sekejap! Ahahahaha. Happy reading semua!! Selamat pagi dan selamat hari raya!! ❤️❤️❤️









Naura dan Nazmi sedang menunggu giliran untuk meminta maaf pada Nadiem. Nazmi menolak tubuh kecil Naura yang berada di depannya.

"Hish! Apa ni tolak-tolak Naura. Angah pergi lah salam orang lain dulu" masam muka Naura kerana tudungnya rosak disebabkan Nazmi.

"Orang lain lepas ni. Aku nak salam along dulu. Kau tu adik kena lepas aku. Faham?" Nazmi menjongketkan kening.

"Tapi Naura sampai dulu!" Naura menolak tubuh Nazmi sekuat hati. Dia terus duduk berlutut dihadapan Nadiem apabila kakak iparnya sudah bangun.

"Naura dapat dulu" Naura menjelir lidah pada Nazmi.

"Kurang ajar kau. Angah tak nak bagi duit raya dekat kau" Nazmi memeluk tubuh membuat gaya ingin merajuk.

"Tak kesah pun. Duit raya angah selalu sikit. Nak pinjam duit pun tak bagi. Kedekut!" Naura menjeling

Membulat mata Nazmi. Dia bercekak pinggang. Dasar adik tak reti bersyukur!!

Nadiem menggeleng Aulia pula ketawa

"Korang ni bergaduh je kerja. Dah minta maaf ke belum?" Tanya Encik Zaidi yang memerhati anak-anaknya dari tadi.

Belum! Serentak Nazmi dan Naura berkata

"Fight fight first papa, sorry sorry later" kata Nazmi

"Bagus lah kalau macam tu. Nanti kalau umur tak panjang dan tak sempat minta maaf cakap macam ni pula, die die first, cry cry later" sampuk Puan Nafisah

Nadiem ketawa. Nazmi dan Naura pandang sesama sendiri lalu mereka menjeling.

"Sebelum mama hempuk kamu berdua dengan buluh lemang, lebih baik kamu berdua duduk sekarang. Lepastu minta maaf" ugut Puan Nafisah

"Yelah. Yelah" Naura duduk melutut dihadapan Nazmi. Nazmi yang masih berdiri ditarik tangannya sehingga Nazmi juga turun terduduk di depan Naura. Tangan Nazmi diambil lalu disalam.

"Naura minta maaf zahir dan batin"

Nazmi menjulingkan mata ke atas. Entah ikhlas ke tak si Naura ni.

"Angah maafkan. Angah pun nak minta maaf jugak walaupun semuanya kau yang mulakan dulu"

"Mana ada!"

"Haip! Tengah minta maaf pun sempat lagi nak bergaduh" kata Nadiem dengan nada yang sengaja digarangkan.

Nazmi menghulurkan sampul duit raya pada Naura. Muka Naura macam tak percaya. Entah-entah bagi seringgit je. Bukan boleh percaya angahnya ini. Naura mengira kepingan yang berada di dalamnya. Seratus dua ratus tiga ratus empat ratus lima ratus! Naura menjerit kegembiraan. Dia terus memeluk Nazmi tanpa disuruh.

"Thank you angah!"

Nazmi dan Naura kini menoleh pada Nadiem dan Aulia. Mereka sama-sama duduk berlutut di depan abang mereka itu.

"Along nak duit raya!" Serentak Nazmi dan Naura menghulurkan kedua tangan mereka. Masing-masing tak sedar diri tu dah besar sebesar anak gajah.

Nadiem menahan tawa.

"Sayang, tengok adik-adik abang yang mental ni minta duit raya dekat abang. Minta maaf tak nak duit raya je nak"

Aulia ketawa. Dia memegang lembut tangan suaminya. Bagi jelah abang. Nadiem menghulurkan dua sampul duit raya.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now