Chapter 47 • Puasa

18.6K 1K 44
                                    

Nadiem memberhentikan kereta di perkarangan rumah. Dia keluar dari perut kereta dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Pintu dan enjin kereta dibiar terbuka. Tak ada masa nak tutup. Yang paling penting sekarang adalah isterinya.

"Eh along. Bila along sampai. Kenapa along nampak serabut sangat ni?" Naura seakan terkejut melihat abangnya yang tiba-tiba muncul. Ahli keluarnya yang lain turut terkejut.

"Baru je. Mana isteri along?" Tanya Nadiem. Suaranya serak menahan tangisan.

Berkerut dahi Naura

"Apa along cakap ni? Kak long? Mana ada kak long dekat sini"

"Daddy!"

Niyaz yang baru keluar dari dapur bersama Puan Nafisa berlari ke arah Nadiem. Nadiem cuba menguntum senyum pada Niyaz. Nadiem terus mendukung anak lelakinya itu. Puan Nafisah dan Naura berpandangan sesama sendiri.

"Daddy kenapa tak datang sini malam tadi?"

"Sorry sayang. Daddy sibuk sikit" tipu Nadiem

"Kenapa daddy sibuk? Kesian dekat mummy sakit. Niyaz tak suka tengok mummy macam tu" mata Niyaz berair. Dia membenamkan mukanya dibahu Nadiem

Nadiem menurunkan Niyaz. Semua ahli keluarganya dipandang. Nadiem berlutut di hadapan ahli keluarganya. Semua terkejut dengan tindakan Nadiem.

"Tolong. Zhaf tahu Zhaf salah tapi Zhaf mohon jangan halang Zhaf jumpa isteri Zhaf. Zhaf merayu" Air mata yang mengalir dipipi diseka

Naura yang berhati tisu itu turut mengalirkan air mata. Dia dapat rasakan cinta abangnya pada kakak iparnya kuat. Tak sanggup melihat abangnya itu terseksa begitu.

Nadiem berlari menuju ke biliknya apabila tiada tanda mereka menghalang. Pintu bilik yang sedikit terbuka ditolak dari luar. Mata mencari susuk tubuh sang isteri.

"Sayang!" Nadiem mendekati isterinya

Terjongket bahu Aulia. Terkejut dijerkah bergitu. Aulia yang tadinya termenung memandang ke luar tingkap terus menoleh. Aulia bagai mengeras disitu apabila melihat Nadiem berada di depannya dengan muka sirius. Seram.

"A-abang buat apa dekat sini? Macam mana abang tahu sayang dekat sini?" Tanya Aulia

"Kenapa sayang buat abang macam ni?! Suka buat abang risau?! Sayang tahu tak abang ni bagai nak gila cari sayang! Abang call tak dapat! Abang whatsapp tak balas! Apa yang sayang nak ni sebenarnya?!" Nadiem bercekak pinggang. Satu malam dia mencari isterinya. Ini pun nasib baik abang Umar memberitahu keberadaan Aulia setelah marayu.

Tubuh Aulia menggigil apabila dimarahi begitu. Dia hanya memandang lantai. Empangan matanya semakin bertakung dan akhirnya melimpah mangalir di pipi putih itu.

"Abang pergi balik. Kalau abang datang sini hanya untuk marah sayang, lebih baik abang balik" perlahan suara Aulia. Tak larat dia mahu bergaduh dengan suaminya.

"Sayang ingat kalau kita berjauhan macam ni akan selesaikan masalah ke?!"

Aulia terkedu. Nadiem tidak pernah meninggikan suara padanya begitu. Aulia terus menolak tubuh suaminya keluar dari bilik. Dia terasa hati. Pintu ditutup tetapi ditahan. Aulia tidak mampu menandingi kekuatan Nadiem apabila Nadiem menolak pintu dari luar.

Nadiem mendekati Aulia. Air mata Aulia semakin deras mengalir. Dia tidak mampu memandang wajah suaminya. Dia terasa dirinya akan dimarahi lagi.

"Say something, Aulia" tiada lagi panggilan sayang

Tersedu-sedan Aulia menangis.

"S-sayang...." Aulia mati kata

"Daddy!" Niyaz berlari masuk ke dalam bilik kerana dia mendengar suara daddynya dari bawah. Niyaz memukul-mukul Nadiem dengan tangan kecilnya.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now