Chapter 23

53.7K 2.3K 187
                                    

Aulia terus berjalan ke ballroom dimana majlis mereka berlangsung. Tak tengok kiri kanan dah. Memandangkan ada yang membantu Aulia mengangkat kainnya yang meleret, jadi mudah lah sikit dia nak berjalan.

"Memang nak masuk ballroom tu sendiri ke?" Perli Nadiem yang jauh tertinggal dibelakang

Aulia memandangnya. Mata dijulingkan ke atas. Siapa yang pakai gown sekarang ni? Aku ke dia? Pahal jalan lambat sangat. Tadi bukan main kata dah lambat.

Aulia menunggu Nadiem. Dia hanya tersenyum.

"Senyum. Senyum. Ingat ni iklan colgate ke?"

Nadiem menayangkan giginya yang putih itu. Lagi orang cakap lagi dia buat.

"Kenapa jalan laju sangat, hmm?" Nadiem bernafas seperti orang mengah. Acah je lebih dia ni.

"Bukan saya yang laju. Awak tu yang terlebih perlahan. Asyik guna gear satu je bila nak sampai."

Nadiem ketawa

"Okey, aku tukar gear lima sekarang." Nadiem membuat gaya menukar gear.
"Tapi sebelum tu kita kena pakai seatbelt ketat-ketat dulu supaya selamat sampai ke jinjang pelamin."

Nadiem menyulam kemas jari jemarinya dengan jari jemari Aulia. Tangan mereka Bersatu. Aulia hanya memandang tangannya.

"Okey now kita boleh mulakan perjalanan kita ke jinjang pelamin. Shall we?"

Aaaaaaaa. Pipi Aulia terasa panas. Aulia menggigit isi pipinya dan cuba menahan dari tersenyum.

"Eh sekejap!"

Aulia yang baru saja mahu melangkah terhenti. Apa pula kali ni. Jangan kata ada benda tertinggal dalam bilik persalinan tadi. Bukan main jauh nak patah balik.

"Aku rasa MUA kau tadi tersalah makeup kau lah"

Wajah Aulia dipandang. Aulia mula risau.

"Kenapa?. Ada masalah ke dengan muka saya? Bulu mata saya tercabut ke? atau kening saya macam lipan?"

"Tak. Cuma pipi kau tu terlebih letak blusher kot. Jadi merah sangat. Sekejap...."

Tangan Aulia dibawa kebibirnya lalu dicium. Aulia terkedu lalu terkentut. Eh, tak terkentut. Terkedu je.

Pipi Aulia semakin merah.

"Oh,baru aku tau itu bukan blusher. Itu kau tengah blushing rupanya." Nadiem senyum pada Aulia sebelum dia mengenyitkan mata.

Hati, jantung, hempedu, perut, usus, tolong duduk diam-diam. Jangan menari-nari dekat dalam tu.

Nadiem dan Aulia berdiri betul-betul dihadapan pintu ballroom. Semua tetamu menunggu ketibaan mereka. Almaklumlah VVIP lah katakan.

"Ready?" Tanya Nadiem

Aulia mengangguk.

Semua mata tertumpu pada mereka. Perlahan-lahan mereka melalui red carpet didepannya. Aulia memandang tetamu yang datang. Ada yang dia kenal dan ada juga yang tak kenal tapi Aulia senyum saja.

Aulia menyepak-nyepak gown yang kini mengganggunya berjalan. Tadi kau okey je, kenapa sekarang juga nak buat hal?!.

Arghh!

Aulia terjatuh sebab terpijak gownnya. Cepat-cepat Nadiem menyambut tangan Aulia dan dia memusingkan Aulia supaya Aulia jatuh di atasnya.

Semua terkejut melihat kejadian itu. Tak, masalahnya sekarang ni Aulia terjatuh atas Nadiem!. Tangan Aulia berada di dadanya. Yang dia ni pun satu pergi sambut aku kenapa!. Mulalah ada yang membuat bunyi menyakat mereka berdua.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now