Chapter 7

44.2K 1.9K 51
                                    

Aulia termenung jauh. Dia masih teringat kejadian petang tadi. Panas je rasa hati bila melihat Hana memegang tangan Nadiem. Dia tahu sekarang dia tengah cemburu.

Tak boleh jadi ni!. Kau tak boleh kalah dengan minah kekwat tu. Kau kena juga cari cara nak curi hati abang Nadiem. Kalau kau duduk diam macam ni, tak akan ada hasil. Jodoh tak kan datang bergolek. Kau kena usaha Aulia!

Aulia nekad dengan pendiriannya. Dia mesti buat sesuatu.

Pagi ni Aulia tunggu ditangga. Dia berharap akan terserempak dengan Nadiem. Bila Aulia mendengar suara Nadiem dengan kawan-kawannya dari bawah, Aulia rasa nak melompat je. Gembiranya tuhan saja yang tahu.

"Abang Nadiem" Panggil Aulia sedikit terjerit.

Nadiem dan kawan-kawannya memandang. Malu tapi Aulia kena tebalkan muka juga. Demi mendapatkan hatinya.

"Kau buat apa dekat sini?" tanyanya

"Tunggu abang lah. Abang nak pergi makan ke? Nak ikut boleh?"

Tiba-tiba Hana muncul.

"Hye you. Jom pergi makan. I dah lapar laa"

Dia ni selalu muncul tanpa diundang. Tolong lah bagi can sekali je dekat aku ni.

"Kau buat apa dekat sini perempuan?" Tanya Hana dengan muka menyampah

Hana berdiri di hadapan Nadiem. Sengaja nak halang Aulia bercakap dengan Nadiem.

"Kau boleh tepi sikit tak?" Aulia menolak Hana kasar. Nak terjatuh perempuan tu. Biarkan dia terjatuh. Baru dia tahu rasa.

"Kau ni kan!"

Hana baru sahaja mahu menampar Aulia tetapi dihalang oleh Imran. Risau makin besar pula pergaduhan disitu. Bukan dia tak kenal Hana. Kaki gaduh.

"Relax Hana. Orang pandang lah." kata Imran memujuk Hana.

"Nasib baik you ada Imran. Kalau tak memang dah pecah muka perempuan ni!"

"Kalau berani buat lah"

Aulia mencabar. Aulia menyuakan pipinya. Macam lah berani sangat. Perempuan macam ni acah je lebih.

"Stop!" Arah Nadiem

Nadiem memberhentikan pergaduhan yang baru bermula.

"Nak makan sangat kn?! Jom. Tak payah nak buat kecoh dekat sini"

Marah Nadiem. Dia bukan hanya tujukan pada Aulia sahaja tapi juga pada Hana. Nadiem jalan terlebih dahulu. Malas nak melayan benda remeh begini.

Aulia dan Hana di belakang sudah menolak sesama sendiri. Dah macam kucing bergaduh untuk berebut kawasan.

Sesekali terdengar perbualan orang sekitar.

Tengok perempuan tu terhegeh-hegeh dekat senior hot kita tu. Eii gediknya. Eii acah lah perempuan tu.

Macam-macam yang Aulia dengar. Dia tahu mereka tujukan pada siapa. Tapi dia tak kesah. Asalkan dia dapat apa yang dia nak.

Aulia memilih lauk ayam madu dan sedikit sayur. Ayam madu di kedai ini memang kegemarannya. Selalu dia membeli makanan di sini. Aulia hanya suka ayam madu, bukan bermadu!

Hana yang juga sedang mengambil lauk menjeling. Perempuan ni kalau aku cungkil biji mata tu apa pun tak dapat. Biar buta seumur hidup. Tak ada menyusahkan aku!. Marah Aulia dalam hati.

Aulia terus ke kaunter bayaran. Nak beredar dari situ cepat. Panas hati menghadap muka Hana.

"Kak, berapa semua ni?" Aulia menunjukkan nasi berlauk yang diambilnya pada jurujual.

Makcik itu seperti sedang mengira-ngira dan ditulis di atas kertas.

"Tak payah bayar dik. Tadi adik tu bayarkan sekali." Makcik tadi menunjuk ke arah belakang Aulia. Aulia menoleh, melihat Nadiem yang sedang berselera makan bersama kawan-kawannya. Sweetnya awak Nadiem!

Aulia mengambil tempat di kiri Nadiem. Hana pula dikanannya. Kawan-kawannya hanya gelak melihat Nadiem pening melayan dua-dua perangai perempuan yang tergila-gilakan dia. Tak pernah lagi mereka melihat Nadiem seserabut ini.

"Diem, budak kelas kita plan nak naik Gunung Tahan hujung minggu ni. Nak follow tak?"

Tanya salah seorang kawannya memulakan perbualan. Aulia faham mereka ingin hiking. Orang pergi Gunung Tahan of course untuk hiking.

"Haah Nadiem, you nak join tak? Kalau you join, I pun join"

Hana mencelah. Eii semak lah dia ni. Biar jelah dia pergi dengan kawan-kawan lelaki dia!.

"Boleh jugak. Aku follow" Balas Nadiem sebelum menyambung makan.

"Kalau macam tu I pun ikut." Kata Hana

Aulia memandang tajam pada Hana. Hana menjeling.

"Kalau saya nak ikut korang boleh ke?"

Macam tak tahu malu kan?. Tapi peduli apa. Asalkan perempuan kekwat tu tak menggedik lebih dengan Nadiem.

"Boleh je."

Aulia teruja bila mereka izinkan.

"No" Kata Nadiem dengan muka seriousnya. Nadiem terus bangun dan beredar.

Walaupun nasi tak habis dimakan lagi, Aulia cepat-cepat basuh tangan dan mengejar Nadiem. Kawan-kawannya yang dari tadi sudah habis makan juga beredar.

"Alaa please lah abang. Saya nak ikut je. Saya janji tak kacau sesiapa"

"No. Kau tu perempuan. Kitaorang semua lelaki. Tak payah nak menyemak lah"

Aulia berhenti di depannya.

"Hey perempuan! Jangan halang dia la!"

Hana cuba menolak Aulia tapi Aulia mengeraskan diri disitu.

"Please abang." Rayu Aulia

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now