Chapter 2

60.1K 2.3K 76
                                    

Fiuu fiuuu.

"Kau ni Al. daripada tadi bersiul. Kau sedar tak lusa kita nak pegi site visit. Kita kena buat checklist tau. Esok madam nak tengok. Kalau tak siap juga, jadi sup tulang lah kita esok" bebel Sofeya panjang.

"Kau rasa budak lelaki tu course apa ek? Umur dia berapa?"

"Haah memang aku cakap dengan selipar jamban pon" Sofeya menjeling pada Aulia.

"Alaaa... sorry lah babe. Ni aku nak tanya ni. Lelaki idaman kau macam mana?" teruja Aulia menunggu jawapan Sofeya.

Tangan yang tadinya sibuk menekan keyboard kini terhenti. Menarik pula topik kali ni.

"Kalau aku. Aku suka abang-abang uniform. Barulah machow!"

"Macho apa kebendanya. Nanti kau asyik kena tinggal je"

"Itu baru rare. Setiap kali jumpa nanti rindu"

"Nanti jangan pulak kau call aku menangis-menangis kata rindu laki lah apa lah. Aku baling selipar jamban aku yang paling cantik tu" Aulia membuat gaya membaling selipar. Sofeya ketawa.

***

AULIA!! KITA DAH LAMBAT!!

Bergegar bilik mereka dengan jeritan Sofeya. Masing-masing bangun lambat. Itulah, dah tahu nak pegi site visit boleh pula malam tadi tengok movie.

"Al, cepat! Nanti kita tertinggal bas. Kau nak naik grab ke kesana!?"

"Sabar lah! Aku nak pakai kasut ni. Time ni pula tali nak tercabut. Sabar! Sabar!"

Dengan cepat Aulia mengikat tali kasut. Tak cukup tanah dibuatnya berlari. Naya kalau kena tinggal bas. Mahu kena sumpah seranah dengan madam Fina yang macam singa betina tak cukup makan tu.

"Cepat lah Al!"

"Aku tak larat nak lari! Kau ingat kolej dengan padang berkumpul tu dekat ke?!"

"Aku gerak dulu! Nanti aku jaga tempat kau!"

Mereka berlari seperti dikejar anjing. Masing-masing menjerit tak ingat dunia.

Aulia mengah. Tak sanggup nak mengejar Sofeya yang berlari macam atlet dunia. Tercungap-cungap.

Nafas Aulia seperti tersekat apabila melihat seorang lelaki segak memakai t-shirt jersi dengan topi dikepala sedang berjalan dihadapannya.

DIA!!

Eh, dia pun nak pegi padang berkumpul juga ke? Gatal pula kaki ingin mengikut lelaki itu. Aulia jalan seiring dengan Nadiem.

"Assalamualaikum" Tegur Aulia

Nadiem pandang dengan ekor mata. Dingin.

"Tak baik tak jawab salam saya. Abah saya kata bagi salam tu sunat tapi jawab salam tu wajib"

"Perlu ke aku jawab kuat-kuat salam kau tu?"

"Tak perlu tapi saya nak dengar suara bakal imam saya"

Eh mengada pulak kau ni Aulia. Tak apa. Demi memikat hati si senior.

Nadiem malas nak melayan. Entah siapa minah gila ni.

Ramai yang sudah ada di padang berkumpul. Aulia dan Nadiem adalah orang terakhir yang tiba disitu.

"Korang berdua ni dah la lambat! Jalan terkedek-kedek sambil bersembang pula! Ingat ni jejak kasih ke?!" jerit madam Fina dari jauh.

Mendengar jeritan yang menakutkan itu, tak jadi nak jalan ayu-ayu. Aulia terus berlari.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now