Chapter 41

42.9K 1.4K 66
                                    

Selepas solat subuh, Aulia terus bangun untuk menyediakan sarapan suami dan anaknya. Tangan Aulia lincah menyediakan nasi goreng kegemaran Nadiem.

Terasa satu tangan melingkar di pinggangnya.

"Morning sayang. Kenapa sayang tinggalkan abang. Abang cari sayang tadi tak ada dekat sebelah abang."
Nadiem memeluk Aulia dari belakang. Dagunya diletak dibahu Aulia. Tuala yang tersangkut dibahunya dan rambut yang serabai jelas dia tak mandi lagi.

"Morning abang. Sayang nak buat sarapan lah abang. Kita kan nak pergi bercuti. Takut tak sempat. Nak siapkan anak lagi."

"Niyaz tu biar abang yang mandikan dia nanti"

Nadiem mengeratkan lagi pelukannya. Mukanya digeselkan ke bahu Aulia.

"hmm. I miss you, sayang. Jangan lah tinggalkan abang lagi" meleret sahaja bunyinya.

Pipi kiri Aulia dicium

"love"

Pipi kanan Aulia pula dicium

"honey"

Aulia hanya tersenyum. Ada-ada saja suaminya ni.

"Abang rindu suara sayang. Abang rindu bau sayang"

Kali ini tangannya merayap ke bahagian tubuh atas Aulia.

"Abang, no!"

Aulia menepis tangan Nadiem. Dia terus menolak tubuh suaminya ke depan bilik air yang berada di dapur itu.

"Abang jangan macam-macam ya. Abang pergi mandi sekarang. Abang busuk tahu tak?" Aulia menutup hidungnya dan menjauhi Nadiem

Nadiem mendekati Aulia. Kedua pipi Aulia ditekan sehingga muncung bibir Aulia. Dia menindih bibir itu beberapa kali

"Kalau abang busuk, sayang kena lah mandikan abang"

Aulia menggeleng

"Abang dah besar kan?"

"Alaaaa. Nanti abang mandikan Niyaz, sayang mandikan lah abang pula"

Aulia menolak tubuh Nadiem. Dia menjulingkan mata ke atas. Malas dia nak layan karenah suaminya yang terlebih mengada ini. Aulia menyambung kerjanya tanpa menghiraukan Nadiem kecewa dengannya.

Bunyi air sudah kedengaran. Tiba-tiba pintu bilik air dibuka semula. Nadiem keluar dengan tidak berbaju.

Aulia yang sedang mengelap dapur hanya memerhati suaminya itu dengan ekor mata.

"Meh sini abang tolong lap kan untuk sayang"

Kain dirampas dari tangan Aulia. Dah kenapa laki aku ni? Nadiem disebelahnya dipandang pelik. Makin lama, Nadiem menolaknya ketepi tetapi tangannya masih mengelap dapur.

Ke tepi, ke tepi dan ke tepi lagi.

Bunyi air tadi semakin dekat dengan telinganya. Baru Aulia perasan dia berada betul-betul di depan bilik air.

"I got you, baby!" Nadiem tersenyum nakal.

Kain tadi dicampak ketepi. Pinggang Aulia ditarik masuk ke dalam bilik air.

"Abang! Sayang dah mandi la."

Aulia memegang dinding untuk menahan diri daripada masuk ke dalam bilik air.

"Sayang kena tolong abang. Abang takut air sebab air tu sejuk sangat. Air tu seperti mencucuk-cucuk dekat badan abang. Auch! Kalau ada sayang baru air tu hot macam sayang"

Tangan Aulia yang tadinya memegang dinding digigit. Aulia terlepas. Dari mana pulak belajar gigit orang ni?

Nadiem ketawa apabila dia berjaya membawa masuk isterinya ke dalam bilik air. Pintu terus dikunci.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now