Chapter 36

47.5K 1.4K 123
                                    

Tangan Aulia menggigil. Entah kenapa pagi ni sejuk semacam. Menggigil satu badan. Nadiem yang melihat tangan Aulia menggeletar terus memegang tangan itu. Unggun api sayang ada dekat sini. Nasib baik abang tak pergi kerja lagi tadi. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi dekat sayang.

"Abang...... sejuk"

Nadiem terus membuka kodnya dan menyarungkan di badan Aulia.  Rasanya dah tiga lapis baju yang Aulia pakai. Masih sejuk. Cepat sikit boleh tak Doktor. Dari tadi membelek buku tu. Aku dah tak tahan ni. Boleh beku aku duduk sini.

"Macam ni lah Puan. Puan boleh tak bagitahu saya apa yang Puan makan semalam?"

Aulia memandang Nadiem. Makan? Rasanya semalam makan nasi goreng seafood je. Itupun Nadiem yang masakkan. Katanya dia nak tunjuk kepakarannya dalam memasak.

"Saya....."

"Isteri saya makan nasi goreng je doktor. Saya yang masak" sampuk Nadiem. Jelas risau dimukanya.

"Awak letak apa ya dalam nasi goreng tu? Sebab isteri awak ni nampak betul-betul tak okey ni" Sirius muka doktor

Nadiem berfikir seketika. Tiba-tiba jadi slow pula bila suruh fikirkan semula bahan yang dia letak.

"Kenapa ya doktor? Saya ada alergik makanan ke doktor?" Tanya Aulia

"Selepas saya tengok ujian darah awak. Ujian air kencing awak. Ermm....."

Muka Doktor yang ragu-ragu untuk memberitahu membuatkan hati Aulia risau.

"......Saya tak mahir sangat bahagian ni. Tapi saya perlu refer awak pada pakar. Ada hospital yang paling dekat dengan rumah awak tak?"

Aulia terdiam. Dia tak mampu nak berkata-kata lagi. Hospital? Nadiem terus menggenggam erat tangan Aulia. Bahu Aulia dipeluk. Dia tahu isterinya nak menangis. Abang ada dekat sini sayang.

"Ada doktor" kata Nadiem

"Okey. Kalau macam tu, sekarang kita scan. Nanti awak dengan suami kena pergi hospital untuk buka buku ya."

Nadiem mengangguk walaupun dia tak faham apa yang doktor katakan

"Okey jom"

"Jom pergi mana doktor?" Tanya Aulia

"Laaaa. Awak tak nak scan tengok baby ke?"

Aulia dan Nadiem saling berpandangan. Aku salah dengar ke?

"Awak tak salah dengar. Cepat mummy, baby awak tu nak awak tengok dia" kata doktor lagi

Nadiem menekup mulutnya. Tak percaya. Seriously?! Baby?! The real baby?! Anak aku?!

Mata Nadiem tak lepas memandang kertas imbasan ultrasound tadi. Ini anak daddy ke? Are you there baby? Serious ke ni anak daddy? Ke doktor tadi main-main?

"Abang, dah lah tu pandang benda tu. Sikit lagi nak tembus kertas tu"

Nadiem memandang Aulia

"Ni bukan kertas biasa tau sayang."

"Ya sayang tahu. Jomlah masuk kereta dulu. Panas ni"

Nadiem terus menyimpan imbasan ultrasound ke dalam bagnya bila Aulia sudah mengelap peluh yang mengalir di dahinya. Nanti daddy tengok awak semula ya baby. Mummy awak penat ni.

Lain macam layanan Nadiem lepas dia tahu ada penghuni dalam rahimnya. Terlebih caring. Dari depan klinik sampai ke kereta Nadiem asyik suruh Aulia jalan perlahan-lahan. Habis tu tak kan lah nak lintas jalan pun kena jalan macam kura-kura. Adoi lah suami.

Keadaan dalam kereta menjadi sunyi seketika. Nadiem keluarkan semula imbasan ultrasound tadi. Dia memandang Aulia disebelah. Aulia menyentuh lembut tangan Nadiem. Tiba-tiba mereka tersengeh sesama sendiri.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now