Chapter 7

28.8K 1.3K 79
                                    

"Assalamualaikum" ucap Sophea memasuki ke dalam rumah Puan Maria. Dia sudah siap sediakan mental untuk kena bebel dengan Aryan.

"Mama!" jerit Faiq lalu berlari ke arah Sophea yang baru saja melangkah masuk ke rumah. Terkejut Sophea bila Faiq pantas memeluk kaki nya. Serupa macam sudah lama tidak jumpa, padahal baru sehari. Kalau dia kahwin nanti macam mana la bakal suaminya nak kena hadap tahap manja Faiq terhadap dirinya.

"Mama pergi mana semalam? Faiq tunggu mama balik tapi mama tak ada pun" ujar budak kecil itu dengan mulut tercebik menayang riak wajah yang sedih.

"Sorry sayang. Mama banyak kerja semalam tu yang tak balik sini" balas Sophea menunduk agar tubuhnya sama tinggi dengan Faiq. Ini sudah kali keberapa dia menipu akan alasan kenapa dia tak pulang ke rumah.

"Faiq rindu mama" dia sudah sembamkan mukanya dalam pelukan Sophea. Rindu sangat la tu anak buahnya sorang ni.

"Mama pun rindu Faiq, come sini mama dukung" Sophea mendukung tubuh Faiq lantas berdiri semula. Faiq bosan agaknya semalam tiada siapa mahu layan celotehnya seharian.

Sophea mencari kelibat Melia yang berada di dapur. Kelihatan kakak ipar nya itu sedang sibuk memasak untuk makan malam nanti.

"Kak mel" tegur Sophea perlahan tidak mahu mengejutkan Melia yang sedang memotong bahan masakan.

"Eh Sophea, sorry akak tak perasan Sophea dah balik" Melia menoleh ke belakang, kelihatan anak sulung nya berada di dalam dukungan Sophea.

Maklumlah rumah Puan Maria ini dapur di hujung benua daripada ruang tamu. Kalau orang datang ketuk pintu utama pun tidak dengar. Sama ada orang tekan loceng atau pusing masuk ikut pintu dapur.

"Tak apa, Faiq ada sambut" jawab Sophea sambil mengusap kepala Faiq, mata layu saja seperti mahu tidur.

"Rindu betul dia dengan Sophea. Ni apa tak malu dah besar masih berdukung lagi" ujar Melia sambil menepuk punggung anak nya itu dengan lembut.

Faiq sudah menyembamkan muka nya pada leher Sophea. Lantas Melia dan Sophea tertawa dengan telatah Faiq. Sayang sangat dengan mama dia ni, orang usik sikit pun tak boleh.

"Abang Aryan belum balik ke?" Soal Sophea saja mahu tahu, kot la abang nya itu sudah ada di atas. Dia tidak perasan pula kereta Aryan di luar tadi.

"Biasa la dia pukul 6 nanti baru sampai rumah" jawab Melia sambil tangan nya sibuk mengacau lauk di periuk.

"Emmm sorry la kak semalam Sophea tak balik sini. Mesti akak jadi mangsa dengar bebel dia" kata Sophea serba salah. Abang nya itu dah la jenis kuat bebel, 1 minit lebih 50 perkataan yang keluar. Tak sanggup telinga ni nak tadah!

"Biasa la abang Sophea tu. Ni nanti dia balik sambung bebel lagi" kata Melia tertawa. Cukup kenal perangai suami nya itu.

"Nanti dia balik, Sophea tak dapat nak lari so sebelum dia sampai baik Sophea naik mandi dulu. Dah settle mandi Sophea tolong akak okay" Sophea terus menuju ke tingkat atas sambil mengendong Faiq.

Selesai mandi, Sophea turun semula ke dapur. Faiq pula sudah tertidur sementara dia mandi tadi. Penat balik sekolah agaknya, main dengan kawan kawan tidak ingat dunia. Balik rumah baru la bantai tidur sepuasnya.

"Akak masak apa hari ni?" Tanya Sophea sejurus saja turun ke dapur. Tadi lihat Melia macam sudah masak satu lauk, ini masih duk menyediakan bahan masak lagi.

"Aryan request nak makan daging masak cili api" balas Melia sambil memotong segala bahan masakan di atas dapur itu. Dia duduk rumah sudah buntu mahu masakkan apa. Nasib la Aryan request jadinya kepala dia tidak pening mahu fikir mahu masak lauk apa.

His BambinaWhere stories live. Discover now