Chapter 19

22.5K 1K 44
                                    

"Nok! You dengar tak I cerita ni?" Rungut Aqil memandang Sophea yang dari tadi mengelamun. Penat dia bercerita!

"Ha apa dia?" Sophea tersedar dari termenung. Dirinya seperti tak betul lepas dengar perkataan yang keluar dari mulut Fahim tadi.

"You kenapa? Penat I cerita dari tadi. Nak merajuk la macam ni" Aqil yang memeluk tubuh membuatkan Aliya di sebelah tertawa. Gedik betul!

"Ala sorry la, I termengelamun tadi. Cerita balik I dengar" pujuk Sophea. Dia mahu lupakan Fahim dalam masa yang sama.

"Semalam nok, I pergi makan dekat satu cafe ni. I sorang je time tu then you nak tahu nok!" Aqil mengetuk kepala Sophea menggunakan hanger perlahan.

"Ish cerita je la, ketuk I pula" marah Sophea.

"Okay okay. Lepas tu ada sorang laki ni nok! Dia datang dekat arah I siap duduk sebelah terus! Eee dah la handsome you tahu, nasib I waras lagi" ujar Aqil excited.

"Tu je?" Soal Aliya, tak gempak nya cerita mamat ni.

"Diam la kau, aku nak cerita dekat Sophea je kau yang sibuk dekat sini" jeling Aqil.

"Lepas tu?" Soal Sophea memberhentikan pergaduhan dua orang pekerjanya itu.

"Dia ajak I check in. Memang tak la! Siap pegang-pegang peha I lagi, mak terus turn off!" ujar Aqil dengan nada geram.

"Eee dengan lelaki pun dia nak ke" Aliya buat muka seperti dia geli.

"Sebab aku cantik sebab tu dia terpikat" balas Aqil sambil flip kan rambutnya lalu pergi dari situ.

Sophea dan Aliya memandang antara satu sama lain. Tak faham dengan situasi yang berlaku.

_______________________________

"Kau kenapa sengih-sengih dari tadi? Macam kena pukau pula aku tengok" tegur Emeyr.

Tadi rakannya itu kata nak keluar pergi breakfast, balik dari breakfast terus sengih macam orang tak betul.

"Tengah jatuh cinta" balas Fahim yang masih tersenyum lagi.

Dia pun tak tahu yang dirinya begitu berani ucapkan perkataan itu pada Sophea. Boleh jadi gila dia macam ni!

"Seram la kau ni. Tahu la tak pernah bercinta tapi agak la angau pun" Emeyr membaling pen pada Fahim.

"Kau tak faham Meyr, rasa jatuh cinta yang ni lain pada aku. Aku rasa nak pergi Thailand la kahwin lari" ujar Fahim.

"Kepala mung!" lagi sekali Emeyr membaling pen tepat pada kepala Fahim. Bagi sedar sikit!

"Aku tak boleh la Meyr. Kalau macam ni hari-hari boleh jadi gila aku sebab angau" bayangkan sepanjang dia bawa kereta tadi, senyum tak lekang dari bibir.

"Geli aku kau ni" Emeyr menolak bahu Fahim lalu keluar dari bilik itu.

_______________________________

"Assalamualaikum" Sophea memberi salam masuk ke dalam rumah.

"Mommy!" Tegur Sophea sejurus terlihat kelibat Puan Amanda yang sedang duduk di ruang tamu.

"Mommy datang dengan siapa?" Soal Sophea sambil salam tangan orang tua itu.

"Hana yang hantar"

"Mana kak Hana nya?"

"Kebetulan Hana keluar nak balik rumah mertua dia, tu yang mommy tumpang nak ke sini. Dah lama tak jumpa ibu kamu, tu yang datang" jelas Puan Amanda

His BambinaWhere stories live. Discover now