Chapter 78

17.3K 1K 62
                                    

"Kau asal macam ayam berak kapur pula ni?" Soal Azri merenung muka kosong yang ditayangkan oleh Fahim.

Tajam Fahim menjeling rakan di sebelahnya.

"Sorry la ganggu cuti kau" ujar Azri serba salah, kena jeling mat.

"Dah memang selalu kan kau kacau aku. Tak boleh tengok aku hidup senang" keras nada yang digunakan Fahim.

Orang baru nak happy duduk lama dengan bini. Kena potong macam tu je.

Tak pasal-pasal Sophea tarik muka dengan dirinya kini. Siapa nak pujuk? Dia juga yang kena.

"Ala bukan aku sengaja nak kacau kau. Dah memang kerja kita kena escort Agong. Salahkan budak yang tak datang tu." Azri membela dirinya sambil mengambil tempat di sebelah Fahim.

Baru sahaja tiba di Istana pukul 11 malam, esok pagi baru balik ke Johor semula.

"Azri, Fahim" serentak mereka berdua menoleh ke arah empunya suara sebentar tadi, Tuan Salim.

"Ya tuan" sahut Azri, Fahim hanya kekal diam.

Kepala nya serabut fikir cara-cara nak pujuk Sophea yang di rumah.

"Terima kasih atas kerjasama kamu berdua. Berehat la dulu nanti kalau ada apa-apa saya maklumkan" beritahu Tuan Salim, lihat muka anak-anak buahnya pun tahu yang mereka penat.

Tetapi dah kalau katanya tugas, penat semua perlu tolak ke tepi.

"Baik Tuan lagipun dah memang tugas kami semua ni" balas Azri dengan menayangkan senyuman yang manis.

Tuan Salim terus pergi dari situ sejurus sahaja dapat balasan daripada Azri.

"Fahim jom la kita gerak" ujar Azri berhati-hati. Seriau lihat lelaki itu diam dari tadi dengan muka penuh tanpa riak.

"Pergi la dulu aku nak call Sophea" mendatar sahaja suara yang digunakan lalu membawa diri jauh dari Azri.

Dia perlu bercakap dengan Sophea sekarang ni walaupun jam sudah menunjukkan hampir pada pukul 12, dan kemungkinan gadis itu sudah diulit mimpi.

Dia faham Sophea makin hari makin sensitive, kalau orang luar mungkin akan kata yang Sophea itu mengada sahaja lebih. Tapi Fahim kenal isterinya itu macam mana.

Sepanjang Sophea mengandung, boleh kira pakai jari berapa hari sahaja yang Fahim ada seharian di rumah jaga dan luang masa bersama gadis itu. Sikit pun Sophea tidak merungut kerana dia perlu belajar terhadap situasi tersebut.

Tak selamanya Fahim akan ada bersama gadis itu.

Wajarlah bila Sophea merajuk dengan dirinya ketika ini. Fahim sudah ambil cuti untuk Sophea, dan gadis itu mesti fikir yang Fahim sentiasa ada dengan nya sepanjang lelaki itu cuti.

Tapi kena kerja pula. Mana tak masam muka Sophea semasa dia keluar rumah tadi. Salam tangannya pun sesaat je tadi.

"Tya, nak minta tolong boleh?" Pinta Sophea lembut.

"Boleh, kau ada nak apa-apa ke?" Balas Tya yang sedang duduk di ruang tamu menonton cerita Korea.

"Selalu setiap malam Fahim urut kaki aku kalau nak tidur. Kau urut kan boleh tak? Kejap pun tak apa nak hilangkan lenguh je" ujar Sophea dengan nada yang merudum. Sedih la lakinya tak ada malam ni untuk urut kaki.

Sementara tunggu Tya sampai tadi, Fahim sempat urut kakinya seketika. Tapi disebabkan Sophea lebih menangkan perasaan merajuknya, dia mengalihkan tangan Fahim daripada kakinya.

His BambinaWhere stories live. Discover now