"Tya!" Jerit Sophea bila nampak tubuh rakannya masuk ke dalam boutique.
"Eee tak cakap pun nak datang" Sophea menepuk lengan Tya.
"Saje nak surprise kan kau" Tya tertawa lalu menarik Sophea ke dalam pelukan.
"Lya! Aqil! Korang pun ada? Jahat nya tak bagitahu orang nak datang" ujar Sophea bila nampak kelibat pekerjanya lagi dua orang.
"Kak Sophea, rindunya Lya dengan akak" Alya berlari ke dalam pelukan Sophea.
"I nak hug juga" kata Aqil berlari anak dengan tangan di depa turut mahu berpeluk sekali.
"Tak payah nak gedik" balas Tya menjeling ke arah nyah itu.
Aqil sudah menghentak dua kaki nya package sekali dengan peluk tubuh.
"Korang ponteng kerja eh?" Tanya Sophea pandang seorang demi seorang.
"Hari ni kan Ahad nok, cuti la" Sophea mengangguk, banyak sangat fikir sampai hari pun lupa
"Habis tu sengaja datang sini? Esok dah Isnin" soal Sophea lagi.
"You ni pindah KL makan semut ke hari-hari? Esok kan public holiday so kira kitaorang cuti dua hari la" jawab Aqil geram.
Tu la nak duduk bandar lagi kan dah kena catu makanan.
"Maksud nya korang tidur KL hari ni?" Soal Sophea teruja.
"Ye la cik Aryanna Sophea" jawab Aqil lagi dengan nada menyampah.
"Yeay! Korang dua tidur rumah I je la" ujar Sophea menunjuk ke arah Tya dan Alya.
"Habis tu I?" Aqil menunjuk dirinya dengan mata terkebil-kebil.
"Mana boleh harommm! Kau pergi check in hotel sana" jawab Tya dengan gaya tangan menghalau lelaki itu.
"I gegurl okay" jawab Aqil melibas rambut membuatkan ketiga-tiga gadis itu memandang nya atas bawah.
"Celah mana entah perempuan" ujar Tya sebelum tertawa mengejek.
"Hi akak!" Tegur Lisa dan Nisa serentak.
Terus kaku kembar itu bila lihat empat orang di depan mereka kini.
"Siapa pula budak ketot berdua ni?" Soal Aqil bercekak pinggang.
"Suka hati abang je panggil kitaorang budak ketot" ujar Nisa tidak puas hati.
"Entah" sokong Lisa.
Aqil yang bercekak pinggang sudah menjengkilkan matanya.
"Abang kau panggil aku? Seumur hidup tak pernah tau orang panggil aku abang" dengus Aqil marah. Tak class langsung panggil dirinya yang cantik ni abang.
"Ye la, dah ada janggut mesti la abang" jawab Lisa tak mahu kalah.
Sophea, Tya dengan Alya sudah pecah tawa.
"Sudah la. Ni kenalkan Lisa dengan Nisa, dorang la yang tolong jaga boutique ni" terang Sophea, sebelum Aqil ni buat jadi musuh baik dia leraikan dulu.
"Dorang ni pula siapa akak?" Soal Lisa yang masih terpinga-pinga tidak kenal.
"Dorang la yang I cerita tu, yang jaga boutique dekat Johor" Lisa dengan Nisa mengangguk faham.
"Hi! Kita Lisa ni adik kita Nisa" Lisa memperkenalkan dirinya pada Tya dan Alya.
"Hi! Saya Alya ni kak Tya dia sama umur dengan kak Sophea" jelas Alya senyum pada kembar itu.
"Kita ada kawan baru la Lisa!" Ujar Nisa yang sudah melompat di sebelah kakak nya.
YOU ARE READING
His Bambina
RomanceAbang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? La...