Chapter 36

19.2K 957 57
                                    

Sudah hampir masuk dua minggu sejak Sophea pergi dinner di rumah Puan Kalsom. Hubungannya dengan Fahmi pun boleh dikatakan semakin rapat.

Rapat sebagai kawan. Dia pun dah selesa dengan kehadiran lelaki itu. Boleh dikatakan setiap hari Fahmi ajak dirinya keluar pergi lunch bersama.

Mujur Fahmi tak pernah masuk campur hal privacy nya. Lelaki itu banyak menyoalkan tentang bussiness sahaja. Fahmi pun ada mengajar dirinya tentang selok belok bussiness.

Sophea berterima kasih dengan Fahmi kerana banyak membantu dirinya dari segi bussiness.

"Nisa, nanti bagitahu Lisa I keluar awal tau. I nak ambil kawan I dekat Airport pukul 2 then I tak masuk boutique rasanya." Jelas Sophea.

Dia berjanji dengan Tya yang dia akan menjemput di Airport nanti. Esok ialah hari di mana Tya akan graduate. Puan Amanda dengan Tuan Arman pun turut ada sekali.

Alang-alang itu, Sophea menawarkan pada mereka untuk tinggal di rumah nya sahaja. Setakat Tya tiga beranak, muat sangat jika duduk di rumah nya.

Tak payah bazir duit check in hotel.

"Okay kak Sophea. Esok cuti kan?"

"Ya esok cuti. You pergi la keluar dating dengan boyfriend sana" jawab Sophea tertawa.

"Ish akak ni, malu la Nisa" Nisa sudah tersipu malu dibalik baju yang banyak-banyak.

"Eee mengada la you ni. Layan you tak gerak kerja I nanti. Dah la, I nak sambung iron baju." Nisa mengangguk dengan kata-kata Sophea tadi.

"Oh ya, kalau Fahmi datang tolong cakap I tak ada dekat boutique. I malas nak jumpa dia hari ni" pesan Sophea.

Tak kuasa la dirinya kalau dah hampir setiap hari jumpa. Naik muak tengok muka yang sama je setiap hari.

Buka boutique muka dia, tutup boutique pun muka yang sama juga. Bukan setakat itu sahaja, karenah Fahmi pun buat dirinya penat mahu melayan.

Lepas dah rapat tak sangka perangai lelaki itu sampai tahap macam tu sekali. Dulu masa tak rapat bukan main acah macho lagi depan nya, kini perkataan macho pun dah tak jumpa dalam diri Fahmi tu.

_______________________________

"Tya!" Sophea melambaikan tangan nya supaya dilihat oleh Tya yang baru keluar dari pintu gerbang KLIA itu.

"Sophea!" Tya berlari mendapatkan tubuh Sophea.

Mereka berpelukan melepaskan rindu.

Puan Amanda dengan Tuan Arman yang di belakang sudah tersenyum menggelengkan kepala. Anak siapa entah.

"Mommy, rindunya. Mommy sihat?" Sophea menyalam tangan Puan Amanda lalu peluk erat tubuh itu.

"Alhamdulillah mommy sihat. Tengok muka Sophea lagi bertambah sihat mommy" jawab Puan Amanda.

"Mommy je? Penat daddy berdiri dekat sini lama" sampuk Tuan Arman pinta Sophea bertanyakan khabar buat dirinya juga.

"Hehe tak la. Daddy sihat? Tapi Sophea tengok mesti la daddy sihat, badan makin sado sekarang" usik Sophea.

Tuan Arman sudah tersenyum bangga mendengar pujian dari Sophea.

"Kamu layan la perangai daddy ni Sophea nanti makin menjadi-jadi" ujar Puan Amanda menjeling pada suaminya, pantang kena puji sikit.

"Bukan senang nak dapat pujian daripada Sophea ni. Jarang-jarang dia puji abang tau" balas Tuan Arman senggol bahu Puan Amanda.

Puan Amanda masih menjeling suami nya.

His BambinaWhere stories live. Discover now