Chapter 66

20.1K 1K 251
                                    

"Assalamualaikum" Fahim memberi salam sejurus sahaja masuk ke dalam rumah Puan Amanda diekori oleh Sophea di belakang.

"Waalaikummusalam, kamu rupanya. Ingatkan siapa la yang datang tadi, kenapa tak bagitahu dulu nak datang? Nasib mommy tak keluar lagi" ujar Puan Amanda sambil berjalan ke ruang tamu.

"Kamu dah pakai seluar, Sophea?" Soal Puan Amanda hairan dan memandang ke arah pasangan itu silih ganti.

"Sophea dah habis pantang sebenarnya mommy, asyik lupa je nak bagitahu mommy" jawab Sophea takut-takut. Mak mertuanya ni memang la sporting tapi sekali buka mulut kena bebel, tak dapat nak cakap apa dah.

"Patut la muka si Fahim ni berseri, bini dah habis pantang rupanya" usik Puan Amanda membuatkan Sophea tersenyum malu.

Tetapi tidak untuk Fahim, dia mana pernah malu kalau bab macam ni.

"Tak lama lagi mommy dengar la berita baik daripada kitaorang" Fahim tersenyum bangga sambil memeluk tubuh.

"Tak payah nak mengada, Sophea baru lepas pantang. Ikut suka dia je nak mengandungkan anak orang" Puan Amanda memberikan jelingan tajam buat anaknya.

"Mengandungkan isteri sendiri pun salah ke?" Ujar Fahim tak puas hati.

Sophea yang berada di situ bagai mahu terbakar mukanya. Slumber je dua beranak ni borak topic tentang perkara yang berkenaan dengan dirinya. Dia yang rasa malu sekarang ni.

"Elok la tu menjawab. Mommy tak kira, walaupun Sophea dah habis pantang tetap tak boleh. Lepas 44 hari baru boleh, time tu ikut suka kamu la nak buat apa sekali pun" tegas Puan Amanda.

Muka Fahim sudah berubah masam, dengan isteri sendiri pun kena ada rules payah la macam ni. Kalau tahu dia tak singgah rumah ni, terus balik rumah sendiri je.

"Sophea jangan bagi muka pada suami kamu ni. Dia jadi kucing miang sekali pun, kamu buat tak tahu je. Faham?" Puan Amanda memberikan pesanan buat menantunya.

Laju Sophea mengangguk tanda mengerti. Makin tegang muka Fahim memandang Puan Amanda.

"Apa pandang-pandang? Nak marah mommy la tu. Pelik mommy dengan kamu ni tau, bila dengan Sophea terus hilang sifat tegas dalam diri kamu. Kalau cakap dengan orang luar yang kamu ni polis pun orang tak percaya" sempat Puan Amanda mengutuk anaknya sendiri.

"Sayang, tengok la mommy dia perli I." Fahim mula merenyam, dah alang-alang Puan Amanda kata dia macam tu. Biar dia tunjuk bukti, sengaja nak marakkan kemarahan mommy nya itu.

"Eee menyampah betul mommy. Sudah la, mommy nak keluar jumpa kawan-kawan. Tidur sini ke tidak?" Puan Amanda bangun dari sofa lalu mencapai handbag nya.

"Mommy nak keluar, kitaorang pun balik la. Ye la mak sendiri lebih pentingkan gossip dengan kawan dari anak menantu balik rumah" kali ni Fahim pula memerli membuatkan Puan Amanda memukul bahu lelaki itu kuat.

"Sayang, sakit" Fahim mengadu sambil menggosok bahunya dengan suara dibuat-buat manja.

"AstaghfirullahalAdzim, sabar kan la diri aku ya Allah" ujar Puan Amanda perlahan.

Fahim tertawa kuat melihat Puan Amanda mulai hilang sabar dengan dirinya.

"Apa la nasib kamu Sophea dapat suami perangai tak semenggah macam ni" sakit hati Puan Amanda melihat anak sendiri jadi gedik.

Sophea hanya tertawa kecil, jap lagi kalau dia balas takut jadi salah pula. Dah jadi satu hal nak kena pujuk si suami.

"Mommy minta diri dulu, kunci pintu kalau nak balik nanti" ujar Puan Amanda sambil mengambil kunci kereta.

His BambinaWhere stories live. Discover now