Chapter 80

21.2K 1.1K 111
                                    

Sophea merenung wajah tenang Fahim yang lena diulit mimpi. Selepas ahli keluarganya semua balik, baru la Fahim dapat lelapkan mata.

Serba salah Sophea mahu mengejut kerana dia perlu ke tandas ketika ini. Mujur kembar juga turut tidur, jadi tidur Fahim tidak la terganggu.

Sophea mula berkira-kira mahu kejut Fahim atau tidak. Kejut nanti menganggu tidur laki itu pula tapi kalau tak kejut membahayakan diri sendiri.

"Abang" kejut Sophea perlahan mencuit tangan suaminya.

"Abang" panggil Sophea lagi apabila lihat tiada respon yang diberikan oleh Fahim.

Mungkin suaminya penat dari Kuala Lumpur ke Johor, lepas itu berjaga sehingga dia bersalin. Kasihan pula bila mahu mengejut sekali lagi.

Sophea memilih untuk pergi ke tandas dengan sendirinya. Perlahan sahaja Sophea mengangkat kaki dan turun dari katil. Elak daripada membuat sebarang bunyi yang boleh mengganggu orang tidur.

"Baby" terhenti pergerakan Sophea bila dengar suara serak basah milik Fahim.

"Baby nak pergi mana, sayang?" Soal Fahim sambil menggosok sebelah matanya. Mengantuk sungguh!

"Sophea nak pergi tandas" jawab Sophea menunduk ke bawah, takut kena marah dengan Fahim.

"Kenapa tak kejut abang, kan abang dah pesan kalau nak apa-apa panggil abang." Fahim bangun dari pembaringannya lalu berjalan ke arah Sophea. Walaupun kini dia hanya separa sedar akibat kantuk masih ada tapi dia gagahkan jua dirinya untuk Sophea.

"Sophea dah kejut la tadi tapi abang tak respon. Sophea tak nak la ganggu abang lagi" terang Sophea bersungguh-sungguh di hadapan Fahim.

Fahim tersenyum lihat telatah isterinya. Alahai dah jadi mak orang pun masih comel.

"Abang tak sedar, sorry okay. Jom abang bawa ke tandas" sempat Fahim mengucup dahi Sophea buat sementara tanda maaf sebelum menghulurkan tangannya ingin memimpin Sophea.

Sophea yang sedang membuang hadas kecil melihat Fahim yang setia di depan pintu dengan mata yang terpejam. Kasihannya dia lihat suami dalam keadaan begitu.

Ni belum lagi bangun tengah malam kalau Aisar atau Aireen merengek. Entah macam mana rupa agaknya nanti.

"Abang, dah" Fahim seperti tersedar bila dengar suara Sophea memanggil. Lagi la buat diri Sophea rasa serba salah.

Sophea di dudukkan semula pada katil setelah selesai semua urusan di dalam tandas.

"Kenapa diam je ni?" Soal Fahim terasa hairan Sophea hanya diam dari tadi.

"Baby?" Fahim menarik dagu Sophea ke atas dan di dapati mata gadis itu sudah mula bergenang.

"Sayang, kenapa menangis pula ni. Ada sakit dekat mana-mana ke? Cakap dengan abang nanti abang panggil doctor" hilang terus kantuk di mata bila lihat isteri nak menangis tiba-tiba.

Sophea hanya menggelengkan kepalanya dan sembam muka pada perut Fahim.

"Baby, jangan la diam kalau sakit." Fahim menggosok belakang tubuh Sophea bagi meredakan isterinya itu.

"Sophea rasa bersalah dengan abang. Abang mesti penat kena layan perangai Sophea dari dulu sampai sekarang. Lepas tu ni Sophea ganggu waktu rehat abang. Abang patutnya tidur je tadi tapi tengok sekarang, kena layan karenah Sophea pula. Sophea minta maaf, banyak menyusahkan abang" jelas Sophea dengan mata yang masih berkaca. Terus tak nampak bentuk muka Fahim.

"Baby, jangan la cakap macam tu. Baby tanggungjawab abang, same goes to Aisar and Aireen. Dorang kan anak kita, sayang dah penat bawa perut 9 bulan then bersalin. Now it's my turn to take care each one of our family. Penat ke apa tu semua tolak tepi, abang tak kisah pun. Hidup abang dah memang macam ni even before kita kahwin, penuh dengan tugasan. Penat tu pada diri abang benda kecil je, don't worry okay." Jelas Fahim mengusap kepala Sophea perlahan.

His BambinaWhere stories live. Discover now