Chapter 72

20.7K 1.1K 75
                                    

"Sayang, okay sorry I minta maaf. Baby jangan la macam ni, kita bincang elok-elok okay?" Fahim memimpin tangan Sophea menuju ke arah kerusi, lalu menarik isterinya sehingga terduduk di atas riba dia.

Serba salah pula jadinya bila lihat Sophea menangis tak berhenti. Niat nak takutkan sikit je jadi takut banyak pula.

"Baby I ni cengeng betul la" Fahim mengusap air mata Sophea.

"Cakap dekat I apa sebab baby jadi macam ni" soal Fahim dengan tangannya memeluk kemas pinggang Sophea.

"You curang" perlahan sahaja suara yang keluar dari mulut gadis itu.

"I curang? Bila masa I curang?" Berkerut seribu dahi Fahim dengar perkataan curang.

"Ya, you curang dengan I" Sophea tak berani nak bertentangan mata dengan Fahim, nanti dia nangis lagi kesian dekat babies.

"Sayang, sejak bila pula I curang? I nak kenal dengan perempuan lain pun tak ada masa, ini kan pula curang" Fahim menolak dagu Sophea ke atas agar pandang matanya.

"Tipu, you curang time dekat Kedah" Sophea cuba menahan dirinya daripada menangis lagi.

"Ya Allah, tak ada sayang. I call Azri, baby tanya dia sendiri" Fahim mencari nombor Azri pada contact nombor nya.

"Tak nak, dia boleh je tipu I sebab you suruh" Sophea mengambil handphone Fahim dan sorok pada belakang badannya.

"Mana baby dapat tahu I curang ni?" Fahim melihat segenap inci pada wajah Sophea, kalau bukan sebab isterinya merajuk dah lama dia buat kerja yang mendatangkan pahala.

"Lisa, dia nampak you jalan dekat mall dengan perempuan lain" Sophea ingin bangun dari riba Fahim, tetapi lelaki itu kuat menahan dirinya daripada berdiri.

"I nak ambil phone I la" baru Fahim lepaskan Sophea.

Sophea berjalan ke arah katil dan mencapai handphone nya lalu pergi ke arah Fahim semula.

Tanpa segan silu, dia duduk di tempat yang sama macam tiada yang berlaku antara mereka. Suka hati dia la nak duduk dekat mana pun, babies yang suruh!

"Nah" Sophea berikan handphone nya pada Fahim yang terpampang gambar semalam.

Fahim mula tersenyum memandang gambar itu silih ganti dengan Sophea.

"You nak suka-suka apa? I benci you" Sophea menekupkan mukanya pada leher Fahim.

Perkataan benci hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut. Kata benci tapi dia makin rapatkan kedudukan dengan Fahim.

"Sayang, cuba tengok gambar ni betul-betul" Fahim menepuk belakang Sophea perlahan.

"Tak nak, buat apa I nak tengok gambar laki I curang banyak kali" gumam Sophea merajuk.

"Baby, gambar ni I dengan Hana la sayang. Baby tak kenal akak ipar sendiri ke?" Bagai mahu tergelak Fahim rasanya.

Punya la pening fikir apa kesalahan dia rupa-rupanya pasal perkara ini. Kes curang dengan kakak sendiri.

"Hana kan ada dekat Kedah, dia minta I teman cari barang untuk anak dia semalam. Nizam kerja tak sempat nak teman dia. I kan ada chat baby bagitahu yang I keluar dengan Hana, baby yang tak baca chat I" jelas Fahim jujur.

Makin ke dalam Sophea menekupkan mukanya pada leher Fahim. Buat malu je fikir laki curang!

Terlepas tawa Fahim dengan tindakan Sophea. Merajuk lagi tak tentu pasal kan dah dapat malu.

His BambinaWhere stories live. Discover now