Chapter 26

20.8K 1.1K 102
                                    

"Sayang, you memang tak nak bercakap dengan I ke?" Soal Fahim yang sedang memandu.

Dari gadis itu masuk ke dalam keretanya, sepatah pun tak berbunyi.

"I tak tahu nak cakap apa" balas Sophea polos.

"Ke you nak I tukar kain pelikat baru nak bercakap dengan I?" Usik Fahim lagi.

"Ish, dah dah la tu. Abaikan je benda tu, I tersasul semalam" ujar Sophea geram, tak habis-habis dengan perkara itu.

"Ye ke tersasul? Adrian cakap orang tu sampai tak keluar bilik semalam" sengaja Fahim ingin mengusik gadis itu.

Itu la titik kebahagiaan setiap pasangan, kan?

"Eee Adrian tu semua benda nak bagitahu" rungut Sophea. Susah la kalau berdua ni rapat, semua benda terbongkar.

"You nak malu kenapa, sayang? Puji boyfriend sendiri je pun" ujar Fahim selamba.

"Sejak bila pula I puji boyfriend? Perasan" Sophea sudah memeluk tubuh.

Tahap malunya dah la 90%, lelaki itu lagi nak usik dirinya.

"Kalau bukan boyfriend, tunang pun okay" Fahim masih tak puas ingin mengusik gadis itu, tak tenang dirinya nak memandu.

"Fahim, lagi sekali you usik I ni last I keluar dengan you" Fahim terus diam focus pada pemanduannya bila dengar ugutan dari Sophea.

Mana boleh tak keluar lagi lepas ni, mahu dia duduk depan rumah Puan Maria 24 jam.

"You duduk la dulu, I nak pergi toilet jap" kata Fahim lalu menghilangkan diri di depan Sophea.

Kini mereka berada di Mana Cafe.

Sophea mengambil tempat yang sedikit ke belakang. Dia tak mahu duduk di kawasan yang ramai orang, dirinya kurang selesa.

"Ni menu ya cik" seorang perempuan meletakkan menu pada meja Sophea.

"Terima kasih tapi nanti awak datang balik boleh? Kawan saya tak sampai lagi" ujar Sophea tersenyum ke arah perempuan itu.

"Alright, nanti cik tekan je butang ni." Kata pekerja itu memberikan sesuatu seperti remote yang terdapat beberapa button di atasnya kepada Sophea.

"Okay thank you" ucap Sophea.

Sedang Sophea membelek menu itu, seseorang menegur dirinya.

"Eh Sophea, hi" Sophea mengangkat kepala memandang gerangan tersebut.

Fahmi.

"Hi" senyum Sophea.

"You seorang je ke?" Tanya Fahmi lalu mengambil tempat di hadapan Sophea.

Tak sempat Sophea nak halang, lelaki itu sudah duduk terlebih dahulu. Dah la meja ini hanya ada 2 kerusi je.

"Tak sangka boleh jumpa you dekat sini. Orang tua kata kalau jodoh tak kemana" ujar Fahmi sambil tertawa.

Sophea hanya senyum sambil matanya masih memandang ke arah menu itu.

"You tengok la dulu nak makan apa, I panggil waiter jap" ujar Fahmi lalu menekan butang yang terdapat pada remote tadi.

"Eh Fahmi. Sebenarnya saya dat-"

"Yes?" Tak sempat Sophea ingin habiskan ayat nya gadis tadi sudah datang mengambil order.

"You nak makan apa?" Soal Fahmi memandang ke arah Sophea.

"Bagi saya nasi ayam dengan sky juice" ujar Sophea pada waiter itu.

His BambinaWhere stories live. Discover now