Chapter 57

22.6K 1K 95
                                    

"Kandungan isteri encik masih awal dan sangat lemah. Pihak kami minta maaf sebab tak dapat nak selamatkan anak dalam kandungan isteri encik. Dengan apa yang saya lihat, kondisi tubuh badan Puan Sophea menurun. Tahap tekanan yang Puan Sophea mengalami sangat tinggi. Saya harap encik boleh buat sesuatu supaya isteri encik tak berada dalam tekanan emosi yang teruk"

Itu la ayat yang diberitahu oleh doctor kepada dirinya sebentar tadi.

Betapa teruknya dia sebagai seorang suami yang lepas tangan tidak ambil tahu tentang isteri sendiri. Terlalu pentingkan kerja sehingga tak ambil tahu pasal Sophea.

"Fahim, kau kena kuat. Tapi bukan la bermaksud kau tak boleh menangis. Kau kena tunjuk kuat depan Sophea sebab kau la kekuatan yang dia ada sekarang ni" Adrian menepuk bahu Fahim beri semangat pada adik iparnya.

"Aku minta maaf, aku tak jaga Sophea macam mana yang aku janji pada kau dulu" Fahim menguak rambutnya kebelakang.

"Aku abaikan dia. Aku tak selalu ada dengan dia. Aku suami yang teruk, Adrian." Sambung Fahim lagi.

"Aku faham, kau bertugas untuk negara. Bukan kau saje-saje biarkan Sophea macam tu. Aku dengan Aryan dah decide kitaorang akan bayar sewa boutique Sophea sepanjang tempoh contract beberapa bulan ni. Lepas Sophea dah boleh keluar ward, kau bawa la dia balik Johor" jelas Adrian panjang.

"Aku boleh tolong bayarkan" Adrian tersenyum pada Fahim.

"Dah banyak sangat duit kau keluar untuk Sophea. Tak apa biar aku dengan Aryan je settle" balas Adrian.

Dia dengan Aryan pun dah memang sepakat nak selesaikan semua ni. Mereka mahu Sophea sentiasa berada dekat dengan keluarga.

"Fahim, Sophea cari kamu" sampuk Puan Maria yang baru keluar dari bilik Sophea.

Fahim menganggukkan kepalanya.

"Ibu kalau penat balik la rumah Sophea dulu, biar Fahim yang jaga Sophea malam ni" ujar Fahim kepada ibu mertuanya.

Hari pun sudah bertukar gelap, Puan Maria dari petang ada di sini.

"Tak susahkan Fahim ke? Kamu datang jauh ke sini dari tempat kerja pula tu" balas Puan Maria serba salah.

Menantunya dari PULAPOL Segamat terus datang ke sini. Baju kerja pun Fahim tak sempat nak tukar lagi.

"Tak la ibu, Fahim okay je. Ni kunci rumah Sophea." Fahim menyerahkan kunci pada Puan Maria.

"Ye la ibu balik dulu ya. Kalau ada apa-apa call ibu" pesan Puan Maria lalu mengikut langkah Adrian keluar dari hospital.

Fahim turut melangkah masuk ke dalam bilik Sophea. Gadis itu baring merenung ke luar tingkap.

"Sayang" Sophea menoleh ke arah Fahim.

"Sayang tengok apa dekat luar?" Fahim duduk di sebelah katil Sophea.

"Fahim" panggil Sophea lalu menoleh semula ke tingkap.

"Ya sayang" lembut sahaja suara Fahim menyahut.

"Lately ni I stress. Boutique I tak teratur, hari-hari ada problem dekat boutique tu and I don't have any idea why semua benda ni jadi pada diri I. I jadi penat, Fahim. I tak ada tempat nak mengadu" luah Sophea dengan kepalanya masih berpaling daripada Fahim.

"Sayang, I'm sorry. I sibuk dengan kerja sampaikan layan sayang acuh tak acuh. I tak beri tumpuan pada isteri I sendiri. I admit ni semua salah I, I'm so sorry Sophea" Fahim mengusap kedua belah tangan Sophea.

His BambinaWhere stories live. Discover now