Chapter 82

15.2K 947 39
                                    

"Aqil Darwish. Fahmi Danish. Are siblings right?" cukup dingin suara yang digunakan oleh Fahim.

Aqil rasa seperti mahu tanam diri sendiri sahaja ketika ini. Tekaknya terasa berpasir ingin menelan liur.

"Fahim, aku boleh explain" sampuk Tya di antara suasana yang agak hening dengan kedinginan Fahim.

"Aku tak cakap dengan kau. Dia ada mulut so dia boleh jawab" balas Fahim dengan tenang tetapi nada nya cukup buat orang sekeliling berasa gerun.

"Apa maksud abang? Sophea tak faham" soal Sophea bingung dengan apa yang dibualkan oleh suaminya.

"Tya mesti ada cakap dengan baby yang dia tengah berkenalan dengan adik Fahmi, kan?" tanya Fahim menggunakan nada lembut. Sah dua laki bini ni ada dua personality yang berbeza.

"Haah" jawab Sophea mengangguk kepalanya tanda betul.

"Aqil adik Fahmi" tepat dan ringkas sahaja perkataan yang keluar dari mulut Fahim. Tapi mampu buatkan Sophea berasa sedikit terkejut, manakala Aqil dan Tya sudah mengeraskan diri.

Sumpah Fahim bukan manusia.

"But how? haritu Fahmi ada datang boutique tapi Aqil macam tak kenal je. Tak kan la dorang adik beradik?" Sophea masih tak percaya dengan berita yang dia baru dapati daripada suaminya.

Fahim hanya mengangkat bahu dan memandang ke arah Aqil. Minta lelaki itu jelaskan sendiri. Dengar-dengar dah jadi jantan tak kan minta penjelasan pun tak boleh.

"Ya, I dengan Fahmi adik beradik. Tapi sama bapa lain mak. We're not in a good terms. That's why I buat-buat tak kenal dia bila terserempak dulu" jelas Aqil jujur. Nasib la si Fahim ni bakal abang ipar, kalau tak dah lama dia kutuk habis-habisan.

"So you guys couple?" serentak Aqil dan Tya memandang sesama sendiri lalu mengangguk kepala sebagai jawapan pada soalan Sophea tadi.

"good luck" ringkas sahaja Sophea balas buat Aqil. Banyak cabaran laki tu nak kena tempuh terutamanya Fahim.

Patut la potong rambut pendek. Ada udang di sebalik batu rupanya.

"Apa yang kau boleh yakinkan aku untuk jadi suami Tya?" Fahim berpeluk tubuh merenung Aqil dan Tya silih ganti.

"Ermmmm aku boleh jawab tapi jangan la tenung aku macam nak makan" balas Aqil sedikit gugup. Nak putus jantung mak nyah!

"Tak selera aku nak makan kau" bersahaja Fahim menjawab. Dia memang saje nak uji Aqil.

"Aku dah cakap kan yang aku tak kan datang kalau kau dengan Aqil. Ke tak faham apa yang aku cakap?" kini perhatian nya beralih pada Tya yang dari tadi diam membisu.

"Faham tapi aku ada hak juga nak tentukan siapa suami aku" Tya membela dirinya. Masa Fahim nak kahwin dengan Sophea, tak ada pun dia sibuk.

"Kau yakin ke Aqil tu boleh buat jadi suami?" Sumpah Aqil rasa nak tikam-tikam sahaja mulut si Fahim tu. Dasar bapak singa!

"Mommy dengan daddy dah tahu?" soal Fahim lagi memandangkan budak berdua tu diamkan diri dari tadi.

Perlahan sahaja Tya mengangguk kepala.

"Okay" jawapan Fahim buatkan semua orang terpinga-pinga.

Okay yang betul-betul okay atau okay yang tak okay?

"Apa kau pandang aku?" berebut Aqil mengalihkan pandangannya daripada ditenung oleh Fahim.

"Jaga Tya elok-elok. Kau buat benda bukan-bukan dekat dia, kepala kau aku penggal dulu" pesan Fahim terselit dengan amaran buat Aqil.

His BambinaWhere stories live. Discover now