~Special Chapter~

15.2K 1K 133
                                    

3 tahun kemudian

"Mama, can I eat one more ice cream?" Sophea yang sedang memotong bahan masakan menoleh ke arah suara kecil yang datang dari Aireen.

Terkelip-kelip mata Aireen dengan membuat memek muka kesian harap mama nya berikan jawapan boleh.

"Aireen dah makan kan tadi. Tak kan nak makan lagi" jawab Sophea lembut sambil tangannya lincah membuat kerja.

Aireen membuat memek sedih dengan kepalanya ditunduk ke bawah. Selalu kalau dia buat macam ni, papa nya mesti bagi apa yang dia mahu. Harap mama nya pun sama la.

"Satu je lagi, boleh la mama" sayu sahaja suara Aireen sambil dirinya memeluk sebelah kaki Sophea.

"Tak boleh, sayang. Papa ada pesan pada Aireen kan?" Sophea basuh kedua belah tangannya dan menunduk memandang ke arah anak daranya seorang itu.

Aireen mengangguk perlahan.

"Papa pesan apa?"

"Cannot eat ice cream more than 3 times a week" sedih sahaja bunyi jawapan yang keluar dari mulut kecil itu.

Itu la rules yang ditetapkan oleh Fahim kepada anak kembarnya. Tak ada lebih, tak ada kurang. Fair and square.

"Tahu pun. Aireen dah makan 2, minggu ni. Nanti kalau Aireen makan lagi 1 then lepas ni dah tak boleh makan lagi sampai la next week" terang Sophea agar anak nya itu faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

"Okay mama, sorry" Aireen mengucup pipi Sophea tanda maaf.

Dah kalau papa nya buat benda sama depan anak, memang la anak-anak turut ikut.

"It's okay, next time mama beli kan ice cream yang lagi mahal sebab Aireen dengar cakap mama" terus tersenyum lebar anak gadis itu membuatkan Sophea turut tersenyum.

"Aireen nak makan ice cream ke?" Serentak Sophea dan Aireen menoleh ke arah Aisar yang bersandar pada pintu dapur dengan kedua belah tangan di masukkan ke dalam pocket seluar.

Aireen hanya menganggukkan kepala nya.

"Take mine. I don't like ice cream, too sweet for me" masih dalam keadaan yang sama, lagak seperti gentleman.

"Boleh ke mama?" Soal Aireen ingin kan kepastian.

"It's up to you tapi kalau papa marah, mama tak nak back up" balas Sophea buat-buat merajuk.

Anak lelaki nya pun satu, tiba-tiba nak jadi getleman dah kenapa. Nak ikut perangai Fahim la tu kononnya.

"Okay okay Aireen tak makan" cepat-cepat Aireen memujuk mama nya semula.

"Baisar la ni buat mama merajuk, ish!" Marah Aireen pada abang nya sambil berikan jelingan yang tajam.

Aireen sorang je yang panggil Aisar dengan panggilan Baisar. Katanya gabungan dari abang dan Aisar jadi la Baisar.

"Fine, salah Aisar" dia turut membalas jelingan adik nya.

"Dah, jangan la gaduh pula. Mama bagitahu papa nanti baru kamu berdua tahu" itu sahaja ugutan yang anaknya takut.

Sebut je papa, terus jadi kucing dua beradik tu. Kalau tak asyik nak berlawan mulut je. Ada je benda yang tak kena. Pening kepala kadang-kadang tengok perangai anak sendiri.

Tiba-tiba phone Sophea berdering tanda panggilan masuk. Cepat-cepat dua beradik itu berlari ingin menjawab panggilan itu.

"Papa!" Serentak dua beradik itu menjerit bila lihat muka Fahim terpapar pada screen phone.

His BambinaWhere stories live. Discover now