~Special Chapter~

14.2K 1K 114
                                    

8 malam. Batang hidung Fahim masih tak nampak di rumah ini. Dah hampir 4 jam Sophea tinggal seorang diri.

Sophea dah buntu nak fikir hal yang sama. Kalau betul Fahim ada niat untuk pasang lain, dia rela kan je. Sampai satu tahap, Sophea dah malas nak fikir soal ni semua.

Cukup lelah, cukup penat.

Sophea mengusap perutnya yang masih belum jelas kelihatan seperti orang mengandung. Dia minta yang baik-baik saje sepanjang dia mengandung kali ni.

Dia mahu beritahu Fahim tentang kewujudan anak mereka ketiga. Fahim terima atau tidak tu semua terpulang pada laki itu.

Selepas semuanya dah selesai, dia mahu bawa diri. Pergi ke tempat orang di mana tiada seorang ahli keluarga pun tahu kedudukannya.

Mahu pergi jauh dan tenangkan diri tanpa gangguan orang sekeliling.

Ah! Andai semua yang dia cadang boleh dilakukan secara mudah, kan senang. Dia tahu ni semua hanya angan-angan. Dia tak kan dapat berenggang dengan Fahim sewaktu mengandung ini.

Sophea mencapai phone ingin dial nombor Tya. Masuk panggilan ke tiga, Tya masih tak jawab panggilannya.

Sophea cuba dial nombor Puan Amanda pula. Dia mahu ambil Aisar dan Aireen bawa pulang ke rumah. Fahim pun satu, kenapa entah dia hantar kembar itu ke rumah mak mertuanya.

Konon nak bincang then tak nak bagi anak-anak dengar. End up, dia tinggal sorang juga di rumah ini.

"Assalamualaikum" panggilan disahut oleh Puan Amanda.

"Waalaikumussalam, mommy. Sorry ganggu malam macam ni, Aisar dengan Aireen dah tidur ke?" Soal Sophea lembut, dirinya kini sudah berada di dalam kereta ingin menuju ke rumah Puan Amanda.

"Aisar dengan Aireen dah balik, Fahim ambil tadi. Dalam pukul 6 macam tu, tak sampai rumah lagi ke?" Balas Puan Amanda pula.

Sophea sudah mengerutkan dahinya. Dah balik pukul 6? Sekarang dah pukul 8, perjalanan dari rumah Puan Amanda ke rumahnya hanya 1 jam je.

"Tak ada pun mommy, tak apa la. Nanti Sophea call Fahim. Sophea letak dulu ya, Assalamualaikum" Sophea terus meletakkann panggilan dan bersandar pada kerusi.

Apa lagi yang Fahim cuba buat?

Nak tak nak dia perlu call Fahim juga. Nada berdering tapi masih tiada tanda yang panggilan nya akan dijawab.

"Hello" terhenti nafas Sophea buat seketika bila suara perempuan yang menyahut.

"Fahim ada?" Soal Sophea dengan suara yang ditahan agar tidak kedengaran bergetar.

"Oh Fahim ada dalam toilet. Awak ada nak cakap apa-apa pada dia ke?" Soal wanita itu semula.

Sophea rasa ingin sumpah seranah saje pada wanita itu. Dia sedar tak yang sekarang ni dia tengah bercakap dengan isteri Fahim?

"Aunty, sini la join Aireen dengan Baisar tengok Barbie" kedengaran suara Aireen yang sedikit jauh. Lagi membuatkan Sophea rasa runsing, apa yang tak kena sebenarnya ni?

Mereka berada di mana sekarang? Perempuan lain yang angkat call. Fahim berada di dalam toilet. Aireen mengajak perempuan itu tengok cerita sekali.

Tempat apa yang lengkap semua benda tu kalau bukan bilik?

"Boleh saya tahu awak ada dekat mana sekarang?" Sophea gagahkan diri ingin bertanyakan soal itu. Dia ingin tahu lebih lanjut.

"Aunty jom la" suara Aireen makin kuat kedengaran dan serta merta panggilan dimatikan.

His BambinaWhere stories live. Discover now