Chapter 74

23.1K 1.2K 61
                                    

"Again, baby" pinta Fahim inginkan kepastian sama ada betul atau tidak perkataan yang berada di fikirannya sekarang ini.

"Ish tadi elok je boleh teka" rungut Sophea memukul bahu Fahim lembut.

Kini Sophea tulis satu demi satu perkataan dengan tempoh yang lebih perlahan.

"Teka la apa dia" ujar Sophea menahan diri dari tersenyum.

"Is it the same thing dengan perkataan yang I fikir, sayang?" Soal Fahim masih ragu-ragu.

Lelaki itu terus memusingkan tubuhnya berhadapan dengan Sophea.

Sophea memberikan senyuman yang manis buat Fahim sambil menganggukkan kepalanya.

"Seriously?" Fahim seperti tidak percaya dengan situasi sekarang.

"Ya husband, I serious la ni" mahu tergelak Sophea lihat reaksi daripada Fahim. Apa yang tak percaya sangat laki dia ni?

"Baby, are you kidding me?" Fahim mengecilkan matanya memandang Sophea.

"No la" Sophea mencapai tangan Fahim dan letak pada perutnya.

"Sayang, sumpah la baby pregnant?" Ini sudah kali ke berapa Fahim soalkan soalan yang sama.

"Ya Fahim Mikhaèl. 7 months from now you're gonna be a papa" ujar Sophea sedikit teruja dengan tangan Fahim masih melekap pada perutnya.

"7 months? That means baby pregnant dah 2 bulan?" Laju Sophea mengangguk mengiyakan apa yang Fahim cakap.

"Sayang" menitis air mata Fahim, bukan kerana sedih tetapi gembira.

"Jangan la, nanti I pun nak nangis" Sophea mengusap air mata Fahim ke tepi.

"Alhamdulillah" ucap Fahim perlahan lalu menarik Sophea ke dalam pelukannya, erat.

Sophea turut membalas pelukan Fahim. Lega hatinya bila dah maklumkan pada Fahim berita yang dia simpan selama ini.

"Bila baby dapat tahu yang baby pregnant?" Soal Fahim memandang Sophea seperti tak mahu lepas.

"Time yang I cakap pergi klinik sebab demam. I tak demam pun, mommy suruh I pergi klinik sebab dia perasan benda pelik pada diri I" terang Sophea sedikit dan menarik nafas terlebih dahulu.

"Kan time tu perangai b pun pelik that's why mommy suruh I pergi klinik check. I tak tahu pula yang I pregnant." Sambung Sophea lebih jelas.

"No wonder perangai sayang lately ni lain. Kenapa tak bagitahu I awal-awal?" Nafas Sophea seperti terhenti mendengar soalan Fahim.

"Bukan tak nak bagitahu tapi I ingat nak buat surprise time dekat Pahang. Masalahnya kita pergi Pahang lama lagi so better I bagitahu sekarang. Sorry tak inform since b balik dari Kedah" ujar Sophea serba salah, Fahim patut jadi orang pertama tahu tentang kandungannya.

"It's okay baby" balas Fahim lalu dahi Sophea dikucup lama. Tak dapat nak digambarkan perasaannya ketika ini.

Betapa gembira nya dia sekarang bila dapat tahu yang Sophea sedang pregnant.

"Tapi bukan tu je" Sophea menolak sedikit tubuh Fahim kebelakang.

"Why?" Fahim berkerut hairan menanti balasan daripada Sophea.

"Nah" Sophea serahkan satu kotak kecil kepada Fahim yang terdapat dua keping ultrasound di dalamnya.

Fahim buka kotak itu dan memandang Sophea silih ganti.

His BambinaWhere stories live. Discover now