Chapter 41

21.7K 1K 69
                                    

"You biar betul? Dengan siapa? Sebulan je lagi?" Soal Aqil bertalu-talu, semua makanan di atas meja ditolak ketepi. Kini perhatian sepenuhnya pada Sophea.

"Buat apa I nak main-main pasal kahwin" jawab Sophea meyakinkan tiga orang di depannya.

"Dengan siapa?" Soal Aqil lagi, menekan Sophea agar beritahu lebih detail.

"Senior time I dekat University" balas Sophea ringkas, wajah seorang demi seorang Sophea pandang mahu lihat reaksi mereka bagaimana .

"You bukan dengan Fahim abang Tya ke selama ni? Asal bertunang dengan orang lain pula" Aqil mengecilkan mata merenung Sophea.

"I dah cakap banyak kali yang antara I dengan dia tak ada apa-apa. You yang salah anggap tak habis-habis nak kacau I" Sophea menjeling Aqil tajam.

"Bukan masalah I kacau ke apa, dah Fahim tu panggil you baby say-" Aqil menutup mulutnya, terlepas cakap pula.

Tya menjengkilkan matanya pada Aqil.

"Kira akak akan jadi isteri orang la lagi sebulan?" Alya terus tujukan soalan daripada suasana yang diam.

"Ya" Sophea mengangguk perlahan.

"Eee tak sabarnya nak tengok akak kahwin. Mesti handsome kan tunang akak?" Teruja Alya dibuatnya, tangan sudah ditepuk-tepuk excited.

"Kau pula melebih tonggek" sampuk Aqil menolak bahu Alya sedikit kuat.

"Suka hati la" Alya jelirkan lidahnya pada Aqil.

"Kau tak rasa cepat sangat ke Sophea?" Tya yang dari tadi hanya diam membuka mulut bertanyakan soalan.

"Haah, I pun rasa macam cepat sangat sebulan tu" Aqil menyokong kata-kata Tya.

"Bagi aku okay je" jawab Sophea ringkas.

"Kau betul-betul dah kenal tunang kau tu? Orang boleh je berlakon jadi baik semata nak dapat kan sesuatu" Tya masih cuba untuk meragukan hati Sophea.

Kalau Sophea nikah dalam masa sebulan, macam mana dengan Fahim?

Memang la dia marahkan bila Fahim buat Sophea macam tak wujud tapi jauh di sudut hati dia mahu Fahim berkahwin dengan Sophea.

Sempat ke Fahim pulang dari Sabah dan halang Sophea? Sudah la kedua-duanya diberi tempoh sebulan.

"Kau jangan la risau, aku percaya dengan kata hati sendiri" Sophea menggenggam tangan Tya supaya percaya pada dirinya.

"Fahim pergi Sabah sebulan" Sophea menaikkan keningnya sebelah melihat ke arah Tya.

Apa motif Tya beritahu dia tentang itu?

"Tak aku cuma bagitahu kau je kot-kot la kau nak jemput dia" cepat-cepat Tya cakap tak nak Sophea syak apa-apa.

Sophea mengangguk faham.

"Kalau dia dah balik, ajak la dia sekali" ujar Sophea dengan wajah yang kosong.

"Kau tak nak jumpa dia dulu? Bincang elok-elok dengan dia pasal hubungan korang?" Soal Tya berhati-hati.

Terus Sophea menarik lengan Tya masuk ke bilik nya dulu. Dia tak mahu Aqil dan Alya mendengar perbualan berkenaan hal ni.

"Kenapa kau nak kena cakap pasal semua ni?" Soal Sophea marah setelah mereka berdua masuk ke dalam bilik office nya seketika dahulu.

Dulu Tya juga kata pada dia yang beliau akan sokong apa sahaja keputusan yang dirinya buat tapi sekarang nampak seolah-olah Tya tak setuju dengan keputusan nya walau satu pun.

"Aku tak nak kau buat keputusan yang salah, Sophea. Kau masih cintakan Fahim kan?" Soal Tya berani.

"Apa yang aku boleh buat, Tya? Paksa Fahim kahwin dengan aku? Paksa Fahim untuk terima aku dalam hidup dia? Beritahu aku Tya apa yang aku boleh buat" soal Sophea berturut-turut.

His BambinaWhere stories live. Discover now