Chapter 4

28.3K 1.4K 164
                                    

Sophea terus masuk ke dalam di mana baju Farhana tersimpan. Sophea menenangkan diri nya, dia harus tunjuk pada lelaki itu yang diri nya kuat. Lelaki itu hanya la masa lalu dia.

Sophea melangkah ke tempat Farhana. Dia tidak menoleh ke arah lelaki itu walaupun dari ekor mata nya dia tahu lelaki itu sedang memandang ke arah nya.

"Ni baju akak, Sophea tak letak lace lagi sebab takut akak pakai nanti tak sedap. Akak try dulu nanti kalau ada tak sedap ke apa bagitahu Sophea." baju itu bertukar tangan lalu Farhana pergi ke fitting room.

Dan kini, tinggal Sophea dan Fahim berdua di tempat itu. Sophea janggal dia rasa mahu saje lari dari situ tetapi tak boleh. Dia harus act professional.

"Hi Sophea" suara yang sudah lama tak didengar oleh nya.

Sophea hanya pandang sekilas dan mengangguk.

"You sihat?" Soal Fahim. Hanya itu soalan yang ada difikiran nya. Dia runtuh kan ego untuk menegur gadis di depan nya ini.

Lagi sekali, Sophea hanya mengangguk kan kepala sahaja. Masa kini, 1 saat terasa seperti 1 jam.

"You-"

"Sophea tengok ni" kedengaran suara Farhana, Sophia menarik nafas kelegaan.

"Akak selesa tak? Besar ke sempit ke bagi je tahu Sophea" Sophea bangun dan gerak ke arah Farhana. Dia tidak mahu berlama-lama dengan lelaki tadi.

"Okay sangat Sophea. Selesa je akak pakai. Eeee tak sabar nya nak pakai time nikah nanti" kata Farhana sambil memusing kan badan nya di depan cermin.

Sophea hanya tergelak dengan gelagat Farhana itu.

"Amboi tak sabar betul nak nikah tu. Ni belum siap lagi nanti dah siap lagi la akak tak sabar nak pakai" ujar Sophea sambil tergelak.

Fahim tersenyum memandang ke arah gadis itu. Manis sungguh.

"Mesti la tak sabar, excited tau bila tarikh nikah nak dekat ni. Tu la Sophea time kawan akak nak masuk minang, Sophea tolak" kata Farhana.

"Time tu Sophea muda lagi kak, takkan nak kahwin umur 20 tahun" balas Sophea.

Bukan takat kawan Farhana je. Anak kawan ibu nya, kawan abang-abang nya pun habis semua ditolak.

Orang sekeliling pun tidak faham bagaimana ciri-ciri yang Sophea mahu kan.

"Ye la akak faham. Tak apa mana tahu lepas ni dapat laki kaya tambah handsome kan? Untung tuan badan" ujar Farhana dalam nada gurauan.

Fahim hanya memandang dua orang gadis depan nya ini. Dia perlu soal kakak nya tentang hal tadi. Tak dinafikan kalau ramai yang mahu try Sophea, gadis itu cantik dari segala aspek bagi diri nya.

"Okay la akak nak pergi tukar baju" Farhana melangkah semula ke fitting room.

Tinggal lagi mereka berdua di situ.

"You dah lama buka boutique ni?" Soal Fahim. Dia mahu mendengar suara gadis itu tetapi sepanjang dia tanya tadi gadis itu hanya mengangguk sahaja.

"Lebih kurang setahun setengah" balas Sophea. Takkan dia nak mengangguk lagi, tidak kena dengan soalan yang dituju.

"Cantik konsep boutique you" kata Fahim dan sekali lagi dia hanya dapat balasan dari anggukan Sophea.

Dia pun tidak sangka yang Farhana ajak teman ke sini. Boutique gadis nya.

"You nampak lain sekarang" ujar Fahim.

His BambinaWhere stories live. Discover now