Chapter 48

24.7K 1.2K 60
                                    

"Sophea, kamu nak ke mana?" Tegur Puan Maria lihat Sophea yang sudah siap menukar baju biasa turun dari tingkat atas.

"Nak keluar jap dengan Fahim cari barang" Sophea cipta alasan, tak kan nak kata pergi hospital. Lagi la Puan Maria banyak tanya.

"Jangan lama sangat, lepas Asar kamu dah kena pergi sana untuk majlis resepsi" pesan Puan Maria mengingatkan anak nya itu.

"Ya ibu, Sophea nak masuk kereta dulu" Sophea terus keluar menuju ke kereta nya.

Puan Maria berkerut hairan, kenapa anak nya itu macam tak ada mood pula tiba-tiba?

"Ibu, nampak Sophea tak?" Puan Maria memandang ke arah Fahim yang berlari turun dari tangga.

Kenapa anak menantunya ni? Pagi tadi elok je berkepit sana sini, dia lihat pun rasa bahagia kerana Sophea tak memberontak dengan pernikahan yang dirancang itu.

"Sophea baru kejap keluar, dalam kereta agaknya" makin berkerut dahi Puan Maria bila Fahim menonong keluar rumah.

Puan Maria menggeleng kepala, macam-macam perangai la pengantin baru ni.

"Sayang, jangan la diam" dah 20 minit mereka mulakan perjalanan, Sophea masih tak buka mulut.

"Baby, ya I salah. Now kita dah gerak hospital kan" Fahim meraih tangan Sophea mahu memujuk gadis itu.

Sudah la tangan kirinya tak boleh renyah sangat, demi nak pujuk isteri dia ketepikan semua sakit tu.

"You tu degil sangat. I risau dekat bahu you tu, lain la kalau I doctor boleh check sendiri" marah Sophea.

Geram dirinya bila Fahim berkeras tak nak pergi hospital. Dia tengok luka jahitan pada bahu Fahim pun ngeri, lelaki itu boleh ambil sambil lewa sahaja.

"I nak drive pun you tak bagi" tambah Sophea lagi merungut.

"Baby, bukan I tak bagi. Selagi you keluar dengan I biar I je la yang drive. Dah, tak nak you tarik muka lagi" sekali lagi Fahim mengucup tangan Sophea.

Fahim tahu love language Sophea ialah physical touch, makin merenyam la dia lepas ni.

"Sayang" panggil Fahim memandangkan Sophea tidak beri apa-apa respon.

"You check hospital dulu baru I bercakap dengan you" Sophea memalingkan mukanya pada tingkap.

Fahim tersenyum lihat perangai isterinya, kenapa la dari dulu dia tak kahwin dengan Sophea.

"Baby, teman la I masuk sekali" Fahim melentokkan kepalanya pada bahu Sophea.

"Fahim, you bukan budak kecil tau. Buat apa I nak teman, dah pergi masuk sana nanti kita lambat gerak Tampoi" Sophea ingin melepaskan tautan tangan mereka.

Nurse dah panggil Fahim 3 kali, lelaki itu masih tak bergerak.

"Tak nak, sayang please" rayu Fahim makin kuatkan genggaman pada tangan Sophea.

Orang yang lalu lalang tersenyum memandang aksi itu. Kalau orang tahu lelaki yang mengada ni Inspektor Fahim, malu 7 kerturunan lelaki itu nanti.

"Fine, cepat" Sophea berdiri ingin menuju ke bilik pemeriksaan.

Melonjak suka Fahim di dalam hati bila Sophea termakan dengan pujukan nya.

"Hi, jemput duduk" ujar mesra doctor perempuan India, Devi.

His BambinaWhere stories live. Discover now