Chapter 51

25K 1.2K 59
                                    

"Sophea, kenapa kamu tak duduk sebelah Fahim?" Puan Maria menegur anak perempuannya yang duduk di sebelah Aryan.

"Tak ada apa" Sophea teruskan menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Sikit pun dia tak toleh pada Fahim yang duduk berhadapan dengan nya.

"Dah la Fahim, makan je tak payah layan perangai mengada Sophea ni" ujar Aryan yang melihat Fahim tak lepas dari tenung adiknya.

"Aww!" Aryan menggosok kaki yang dipijak oleh Sophea sebentar tadi.

"Mama, Faiq nak duduk dengan mama boleh?" Semua mata yang pandang Aryan beralih pula pada suara anak kecil itu.

"Boleh sangat, meh sini dekat mama" laju Sophea jawab menepuk ribanya.

Makin tajam renungan Fahim memandang Sophea yang melayan Faiq.

"Habis la kau kena berebut dengan budak kecil" Adrian tertawakan Fahim di sebelah.

"Lama kamu cuti Fahim?" Puan Maria menukar topic perbualan.

"Dapat sampai majlis belah Fahim je ibu" jawab Fahim memandang ke arah Puan Maria sekilas lalu matanya kembali merenung pada Sophea yang sedang menyuapkan nasi kepada Faiq.

Gadis itu tak layan dirinya pun dari tadi. Mana aci!

"Kau tak pergi cuti honeymoon la ni?" Sampuk Adrian.

"Tak la rasanya, mahu mak aku tidur sekali satu bilik dengan kitaorang" jawapan Fahim mengundang tawa seisi rumah kecuali Sophea yang masih focus pada Faiq sahaja.

"Tak pergi honeymoon pun boleh dapat" ujar Aryan pula double meaning.

Sophea buat-buat tak dengar. Malas mahu masuk campur perbualan tak masuk akal.

"Mama, jom tengok youtube" laju Sophea mengangguk setuju lalu pergi dari ruang dapur itu.

"Fahim pergi dekat Sophea jap" ujar Fahim meminta diri. Nasi goreng pun dia tak sentuh lagi disebabkan Sophea punya pasal.

Sophea yang sedang berdiri di depan tv terkejut bila satu lingkaran berada di pinggangnya.

"Baby" panggil Fahim perlahan.

"Tak nak la Fahim" Sophea merungkaikan tangan Fahim.

"Baby tak layan I pun" tangan Fahim masih berada di pinggang gadis itu.

"Faiq ada dekat sini la" Sophea memukul tangan Fahim beberapa kali, lelaki itu hanya buat tak tahu.

"Uncle Fahim mana boleh peluk mama Faiq" marah anak kecil itu sambil bercekak pinggang.

"Kenapa pula? Ni wife uncle Fahim" Faiq menjengkilkan matanya pada Fahim.

"Tak boleh! Mama Faiq punya seorang!" Faiq menarik tangan Sophea seolah-olah jauhkan dari Fahim.

"Suka hati je nak rampas bini orang. Faiq pergi la kahwin sana" Fahim menarik semula Sophea ke arah dirinya.

"Apa you ni cakap macam tu" Sophea mencubit lengan Fahim.

"Awww sayang I gurau je la" Fahim menggosok lengannya, jari ke ketam tangan isterinya itu.

"Nanti Faiq dah besar Faiq kahwin la dengan mama" serentak pasangan suami isteri itu pandang ke arah Faiq.

"Mana boleh, mama uncle Fahim punya" Sophea ditarik ke belakang badan nya, risau kena kebas dengan budak kecil.

"Uncle Fahim cari la yang lain" jawab Faiq mudah.

His BambinaWhere stories live. Discover now