Chapter 23

20.3K 1K 42
                                    

"Ni dah kenapa muka tak reti nak senyum?" Tegur Tya pada Fahim yang duduk di ruang tamu.

"Kau tahu tadi Sophea keluar jumpa siapa?" Tanpa banyak cakap terus Fahim tujukan soalan itu.

Dirinya masih bengang teringatkan Sophea bersama dengan seorang lelaki di Cafe tadi.

"Datin Roziah yang aku cakap dekat kau la" balas Tya

"Masalahnya yang dia jumpa tadi bukan Datin Roziah tapi lelaki" ujar Fahim dengan mukanya masih tegang.

"Lelaki? Nanti la aku tanya Sophea. Ni tadi macam mana kau jumpa dia? Dah terubat rindu kau tu?" Soal Tya.

Dia tahu semuanya, sengaja buat-buat tak tahu bila berhadapan dengan Sophea. Dirinya juga yang beritahu Fahim, di mana keberadaan Sophea petang tadi.

"Tya, aku kalau boleh nak Sophea sentiasa ada depan mata. Tak boleh ke kalau aku kahwin sekarang?" Fahim menguak rambutnya kebelakang, serabut!

"Amboi, kau yang buat Sophea jadi macam tu. Sekarang padan la muka kau" ujar Tya. Siapa suruh reject dulu kan dah mendapat

"Tapi kan Fahim, andai kata ada orang masuk minang Sophea. Macam mana?" Tya menoleh ke arah Fahim sebelum mata dingin lelaki itu menikam anak matanya.

"Okay okay, tak. Kau je yang boleh masuk minang dia" ujar Tya terus berdesup masuk ke dalam bilik. Seram!

_______________________________

"Maaf la ya Sophea kalau susahkan kamu. Anak aunty ni ha jumpa kain tu last minute, dia berkenan terus suruh aunty pass pada kamu untuk tambah dekat baju nikah dia" terang Datin Roziah panjang lebar yang kini dalam panggilan.

"Tak apa aunty, Sophea tak kisah pun cuma kalau boleh ni last untuk tambah kain atau apa-apa. Saya kena siapkan baju ni secepat yang mungkin untuk bagi anak aunty try sebab lepas ni saya dah ke KL" terang Sophea pula bagi pihaknya sambil memicit dahi.

"Oh ya ke? Baik la macam tu, nanti aunty pesan pada anak aunty. Terima kasih ya Sophea, aunty minta diri dulu. Assalamualaikum"

"Sama-sama, waalaikumussalam" terus Sophea meletakkan panggilan.

Nak tak nak esok dia perlu stay lama dekat boutique untuk siapkan baju itu. Serabut dia memikirkan hal tersebut.

Tinggal lagi beberapa hari sahaja dia mahu ke KL, barang pun dia tak kemas lagi.

"Sophea? Boleh ibu masuk?" Soal Puan Maria setelah membuka pintu anak gadisnya seorang itu.

"Ibu, masuklah" tangannya mengemas kertas yang berselerak di atas meja.

Tu semua berkenaan dengan baju anak Datin Roziah, bagai mahu pecah kepalanya memikirkan tentang baju itu.

"Sophea dah kemas barang nak bawa ke KL?" Soal Puan Maria lagi mengambil tempat di hadapan Sophea. Kesian dia lihat anaknya seorang ini, kelihatan sangat serabut.

"Belum bu, Sophea nak settlekan baju orang dulu baru kemas barang" balas Sophea.

"Betul ke kamu nak buka boutique dekat KL?" Soal Puan Maria berhati-hati.

"Betul la ibu, kenapa?" Soal Sophea semula merenung muka ibu nya.

"Tak ada apa la. Ni dekat sana, jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa call abang-abang kamu, faham?" Pesan Puan Maria.

"Ya ibu, dah banyak kali ibu pesan" ujar Sophea tertawa untuk tutup rasa kesedihan

"Ibu ikut la Sophea duduk sana sekali" ajak Sophea

His BambinaWhere stories live. Discover now