Chapter 62

24.5K 1.1K 48
                                    

"Kamu tak payah mengada la Fahim. Sophea tu dalam pantang, banyak benda yang nak kena jaga. Kamu ingat pantang ni boleh ambil sambil lewa ke? Nanti dah tua Sophea yang merasa sakit tu bukannya kamu" Puan Amanda bercekak pinggang membebel pada Fahim.

"Ala mommy, dekat rumah sana bukan nya Fahim tak jaga Sophea. Fahim cuma nak duduk berdua je dengan Sophea, boleh la mommy" Fahim merayu pada Puan Amanda.

"Apa dekat rumah ni kamu tak boleh duduk berdua? Mommy tetap tak bagi" Puan Amanda masih berkeras tidak mengizinkan Fahim bawa Sophea pulang ke rumah mereka.

"Daddy, tolong la Fahim. Ni je masa yang Fahim free, nak spend time dengan Sophea. Nanti dah masuk kerja balik, Fahim dah start busy" Fahim pinta pertolangan dari Tuan Arman pula.

"No comment" Tuan Arman mengangkat kedua belah tangannya, tak mahu masuk campur.

"Sayang" Fahim melentokkan kepalanya pada bahu Sophea.

Nak balik rumah sendiri pun tak boleh. Jangan sampai dia bawa lari Sophea senyap-senyap.

"Gedik la kau Fahim. Sophea tu pantang bukan nya jatuh basikal. Macam la kau ada pengalaman nak jaga Sophea sendiri dekat rumah" Tya jadi batu api antara Puan Amanda dengan Fahim.

"Sebab tak ada pengalaman la aku nak cari pengalaman" balas Fahim dingin berbeza dengan intonasi dia panggil Sophea tadi.

"Entah-entah nanti Sophea yang jaga kau, bukan kau yang jaga Sophea" Tya masih nak buat abangnya rasa marah.

"Isteri aku pandai la aku jaga" Fahim menjeling tajam pada Tya.

"Sudah, nak bergaduh je kerja kamu berdua ni la. Kamu Fahim, jangan nak pandai-pandai bawa Sophea keluar dari rumah ni" Puan Amanda memberi amaran.

"Mommy, boleh la. Kali ni je Fahim minta tolong mommy. Fahim dah lama tak jumpa Sophea, sekarang Fahim dapat cuti seminggu bagi la peluang pada Fahim dengan Sophea." Fahim masih tak berputus asa pujuk Puan Amanda.

Sophea tersenyum lihat telatah Fahim yang masih tak berhenti mencuba. Dari pagi sehingga dah nak masuk tengah hari, lelaki itu masih cakap perkara yang sama.

"Kamu nak bagi Sophea makan apa? Makan orang pantang ni bukan sama dengan kita" pening kepalanya dengan perangai Fahim.

"Ya Fahim tahu, nanti Fahim masak la sendiri" Sophea menoleh ke arah lelaki itu.

Suami nya pandai masak? Memang pandai atau buat-buat pandai sebagai alasan nak bawa dirinya balik ke rumah.

"Bagi je la anak awak ni balik rumah sendiri, yang. Bukan selalu dia ada dekat rumah sampai seminggu." Sampuk Tuan Arman, kesian lihat Fahim merayu sejak dari pagi.

Tersenyum lebar Fahim dapat sokongan dari Tuan Arman.

"Saya bukan apa bang, anak kita ni-"

"Kita time muda sama juga perangai dengan budak berdua ni. Orang baru kahwin memang la nak melekat je kerjanya. Anak kita dah besar, tahu la dia macam mana nak jaga Sophea" Tuan Arman memotong kata-kata Puan Amanda.

"Betul!" Balas Fahim semangat.

"Fine! Mommy bagi tapi kalau Fahim tak jaga Sophea betul-betul. Siap kamu mommy kerjakan" Puan Amanda beri pelepasan pada anaknya.

Makin lebar senyuman Fahim.

"Sayang tunggu sini tau. I masuk kan bag dalam kereta" Fahim pergi mengambil bag baju dalam biliknya.

"Bertuah punya anak, dia dah siap kemas-kemas baju rupanya. Lepas Zohor baru gerak, Fahim Mikhaèl!" Kata Puan Amanda sedikit nyaring supaya didengari oleh Fahim.

His BambinaWhere stories live. Discover now