Chapter 14

27.2K 1.2K 46
                                    

"Sophea" panggil Hana dengan lembut. Sophea hanya mengangkat kening sebagai ya.

"Lepas ni akak ada photoshoot outdoor, Sophea ikut boleh?" Soal Hana berhati-hati. Tya memberitahu ada perkara yang terjadi antara Fahim dengan Sophea tadi. Risau jika dia kacau mood gadis ini.

Dia perasan akan perubahan Fahim dan Sophea selepas dia siap makan berdamai sebentar tadi. Seorang pun tidak bercakap dan buka mulut. Dua dua menangkan ego sendiri.

"Sophea kena ada ke?" Soalan dibalas soalan, Sophea tak mahu berada di sini lama-lama. Atau lagi tepat tak betah untuk berada dekat dengan lelaki itu.

"Photographer minta semua orang yang jadi bridesmaid pergi sekali termasuk pengapit" terang Hana lagi, ini bukan alasan ini memang betul betul. Sophea hanya tersenyum dan mengangguk.

"Sophea ikut je" balas Sophea. Sejak kejadian tadi mood nya sudah hilang, nak bercakap dengan orang pun dia jadi malas.

"Thank you" ucap Hana sambil tangan Sophea digenggam seketika.

"Baiklah, kini tiba la masa untuk sesi bergambar dengan pengantin. Kita mulakan dengan family sebelah perempuan terlebih dahulu dan seterusnya diikuti pihak lelaki" pengacara majlis mengarahkan keluarga belah Hana untuk berada di pelamin bagi sesi bergambar.

Sophea meminta diri dari sesi bergambar itu. Bukan keluarganya kenapa dia perlu turut ada bersama kan?

"Mama!" Sophea yang baru sahaja duduk itu menoleh ke arah Faiq yang berlari mendapatkannya.

"Faiq jangan la lari nanti jatuh. Baba and mommy pesan apa?" Tegur Sophea sedikit tegas. Sudah la permukaan tar itu tidak rata risau jika budak itu terjatuh. Tubuh Faiq diangkat duduk di atas ribanya.

"Jangan lasak-lasak, sorry mama" Faiq sudah menyembamkan mukanya pada leher Sophea. Tu je cara untuk tak bagi Sophea marah padanya. Ada saja tactic yang dia tahu cara cara tak nak bagi Sophea marah.

"Ni habis berpeluh-peluh. Seronok main dengan kawan baru?" Sophea menguak rambut Faiq ke belakang manakala Faiq mengangguk sebagai jawapan. Habis basah baju disebabkan peluh. Seronok sangat la tu main sampai tak ingat dunia, dah penat baru la pandai nak mencari dirinya.

"Faiq duduk dulu mama nak pergi ambil air. Nak makan sekali tak?" Soal Sophea. Dah kalau main tak ingat dunia, entah mana makan entah mana minum perginya.

"Nak!" Faiq mengangguk laju dengan kaki yang tergantung digoyangkan.

"Duduk sini diam-diam" pesan Sophea lalu pergi ke tempat ambil makanan.

Baru sahaja nak ambil makanan dengan tenang, ada langau yang mengganggu dirinya.

"Oi perempuan!" Seseorang menegur dirinya.

"Dengan muka tak tahu malu bawa anak luar nikah" kata orang itu lagi. Guess who?

"Any problem miss Izzati?" Sophea memandang gadis itu. Datang-datang terus nak oi kan orang. Tak beradab langsung perangai pun.

"Kau tak payah la nak acah-acah sangat. Eh kau kena ingat tau kalau bukan disebabkan kau tu kawan Tya, aunty Amanda tu pun tak nak pandang kau la perempuan. Dengan bawa budak luar nikah kau tu, konon nak minta simpati la daripada keluarga Tya? Dasar murah!" Hembur Izzati. Sophea masih selamba mengambil makanan. Tidak terkesan langsung dengan apa yang dikatakan oleh Izzati.

Ayat copy paste makcik Timah.

"Aku tak tahu la apa yang aku buat sampaikan makcik Timah dan kau bencikan aku. And warning, budak yang kau cakap anak luar nikah tu anak buah aku. Jangan libatkan dalam kebencian kau dekat aku." Balas Sophea tenang, dia tiada masa untuk berlawan mulut dengan orang macam ni.

His BambinaWhere stories live. Discover now