Chapter 1

30.3K 1.4K 55
                                    

~8 tahun kemudian~

"Mama!" Jerit seorang lelaki yang bertubuh kecil.

"Ya sayang, apa jerit-jerit ni?" Tanya Sophea pada budak itu.

"Hehe sorry mama. Mama dah nak pergi work ke?" Petah percakapan budak yang berumur 3 tahun itu.

"Ya mama kena pergi work hari ni. Mama ada kena jumpa orang. Kenapa Faiq?" Itu lah nama budak kecil yang petah bercakap itu.

Sungguh Sophea amat sayang kepada Faiq. Dia la yang selalu menceriakan hari-hari Sophea. Tidak dengar Faiq berceloteh sehari, boleh saru hari dia.

Siapa Faiq pada Sophea?

"Alaaa bosan la Faiq hari ni. Mama pergi work, baba pun pergi work" kata budak itu dengan wajah yang cemberut.

"Kenapa nak kena bosan pula? Mommy kan ada. Takkan bosan juga? Sedih mommy kalau dengar Faiq cakap bosan tinggal dengan dia" panjang Sophea membebel. Sejak jadi mama ni Sophea makin pandai membebel. Ada saje benda yang mahu dibebelkan.

"Eee mana ada Faiq kata Faiq bosan tinggal dengan mommy. Cuma kalau boleh, Faiq nak tinggal sekali dengan baba, mommy and mama" terang Faiq kepada Sophea.

"Next time okay, mama promise. Hari ni tak boleh la sebab mama nak kena settle kan kerja dekat boutique." Sophea mengatakan sambil mengangkat tangan sebagai tanda janji dengan kata-kata nya.

Alhamdulillah Sophea dapat mencapai cita-cita nya iaitu ingin menjadi fashion designer. Selepas tamat pengajian ijazah, Sophea start menubuhkan boutique nya sendiri dengan bantuan dan sokongan dari orang sekeliling.

Ary's Boutique.

Itu la nama boutique nya setelah bertungkus lumus memikirkan idea dan Sophea memutuskan untuk mengguna nama pertama nya sendiri. Mudah dan tidak pening.

Boutique ini juga berkonsepkan muslimah. Tetapi ia tidak la memberi maksud muslimah yang orang arab selalu pakai itu. Kebanyakkan nya Sophea mengeluarkan pakaian yang mengikut syarat iaitu labuh, longgar dan tidak nipis atau jarang. Masih mengikut dari zaman ke zaman fashion nya cuma Sophea mengekalkan ciri-ciri baju yang patut dipakai.

Mula-mula Sophea tidak yakin ingin membuka boutique dengan konsep muslimah ini. Tetapi dengan sokongan ahli keluarga dan kawan, Sophea yakin kan juga diri untuk menubuhkan boutique ini. Ternyata, Sophea sangat bersyukur hingga tak terkata kerana boutique nya mendapat sambutan yang sungguh hebat dari hari pertama dia merasmikan Ary's Boutique.

"Okay la sayang, mama pergi work dulu okay. Insyallah kalau mama balik awal petang ni kita pergi taman" Sophea cuba memujuk anak buah kesayangan nya itu.

Ya, Faiq Eidlan. Anak buah nya iaitu anak kepada abang nya yang sulung. Baba dan mommy itu la panggilan Faiq kepada ibu bapa nya. Cuma sekarang ini Faiq banyak bersama nya kerana abang nya itu sibuk dengan kerja. Manakala akak ipar nya pula, Melia tengah alahan disebabkan pembawakan budak. Sophea mengambil keputusan untuk menjaga Faiq sementara Melia masih belum sihat sepenuhnya. Faiq sangat rapat dengan Sophea sehingga dia menggelarkan Sophea dengan panggilan mama.

"Okay mama, I'm waiting for you" kata Faiq sambil menyalam tangan Sophea.
_______________________________

Sophea dalam perjalanan menuju ke boutique nya. Sedang dia menunggu lampu merah untuk bertukar ke hijau, entah bagaimana kereta di depan nya ini berundur dan...

DUM!

Belakang kereta itu melanggar bumper depan kereta Sophea. Belum sempat Sophea ingin membuka pintu nya, pemandu kereta hadapan sudah membuka keretanya itu terlebih dahulu. Biadap nya!

His BambinaWhere stories live. Discover now