Chapter 55

26.9K 1.3K 75
                                    

"Banyak lagi barang kamu Sophea?" Puan Maria melangkah masuk ke dalam bilik anak perempuan nya itu. Dari awal sampai hingga sekarang anak nya itu duk terperap dalam bilik.

"Eh tak ada la ibu. Bawa balik baju je" jawab Sophea yang tersedar dari lamunan setelah mendengar suara ibu nya.

Entah sudah lama ibu nya itu berdiri depan pintu, dia saja yang mengelamun lebih.

"Lama sangat duduk dalam bilik, ibu ingat kamu kemas angkut semua barang" ujar Puan Maria dengan sedikit nada gurauan.

"Suami kamu dah nak masuk 2 jam duduk dekat bawah tu. Sophea tak ajak naik atas ke?' Sophea yang ingin menutup zip bag terus terhenti setelah dengar apa yang dikatakan oleh Puan Maria.

Fahim ada dekat sini?

"Lupa pula, Sophea pergi panggil Fahim dulu ya" Sophea mencipta alasan lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Puan Maria hanya gelengkan kepalanya, macam-macam perangai la.

Terlihat Fahim sedang bermain dengan Faiq berdua. Sophea menarik nafas sedalam yang mungkin lantas pergi ke arah Fahim.

"Kenapa you tak cakap nak datang rumah ibu?" soal Sophea setelah mengambil tempat di sebelah Fahim.

Fahim hanya menoleh sekilas dan masih melayan Faiq seperti tiada apa yang berlaku.

"Fahim" panggil Sophea mahu menarik perhatian suaminya itu. Buat macam dia tak wujud saja ketika ini.

"Faiq main dulu ya, uncle nak cakap dengan mama" ujar Fahim sambil mengusap kepala Faiq perlahan sebelum perhatian nya beralih pada Sophea pula.

"Dah siap kemas barang?" soal Fahim dengan nada yang mendatar saja.

Mata Sophea terkebil-kebil melihat Fahim. Suaminya berubah, macam mana nak pujuk ni?

"Dah, ikut I jap" tangan Fahim ditarik menuju ke biliknya.

Kini hanya mereka berdua saja, Sophea sudah teragak-agak bagaimana mahu buat keadaan pulih seperti biasa.

"I nak angkat barang you masuk dalam kereta" ujar Fahim yang mahu melangkah mengambil bag baju milik Sophea.

"Fahim" tangan Fahim ditahan supaya tidak bergerak dari situ.

Tanpa berfikir panjang, tubuh Fahim terus dipeluk oleh Sophea dengan muka di sembam pada dada milik suaminya itu.

"Sorry, I buat you marah semalam" ucap Sophea yang mendongak melihat wajah Fahim yang kosong. Tiada apa apa reaksi yang ditunjukkan oleh Fahim.

"Lambat kita gerak, jalan makin jammed nanti" Sophea terus melepaskan pelukan nya terhadap Fahim. Tanpa berkata banyak, Fahim mengambil semua bag Sophea dan menuju ke kereta.

Sophea sudah memicit dahinya, semua salah diri sendiri. Lebih percayakan mulut orang luar dari mulut suami sendiri. Ini lah padahnya.

Hari sudah petang, dia juga tak mahu melambat-lambatkan perjalanan. Sophea membawa diri ke ruang tamu sementara Fahim sedang memanaskan engine keretanya.

"Sophea, kamu nak gerak pukul berapa? Nanti sampai lewat malam" tegur Puan Maria yang melihat anak perempuannya termenung dari tadi.

"Nak gerak la ni ibu" jawab Sophea melihat jam di dinding, pukul 6.

"Kamu ada masalah ke?" Soal Puan Maria tenung muka Sophea.

"Tak ada la, Sophea gerak dulu ya ibu" Sophea mencium kedua belah pipi Puan Maria.

Sophea cover pipi nya dengan foundation bagi menutup kesan tamparan daripada dilihat oleh Puan Maria.

"Ye la, dah pergi cepat nanti sampai lambat" ujar Puan Maria menolak tubuh Sophea masuk ke dalam kereta.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His BambinaWhere stories live. Discover now