Chapter 27

21.1K 1K 49
                                    

"Sophea, kau ada apa-apa ke dengan Fahim?" Soal Tya ingin tahu.

Dia baru tahu yang mereka berdua pergi keluar dinner bersama bila Fahim tak sengaja menyatakan hal itu.

"Ada apa? Aku dengan dia kawan je" balas Sophea.

"Ye ke? Betul ni tak tipu?" Tya mengecilkan matanya memandang Sophea atas bawah.

"Betul Tya, kawan dan tak lebih. Fullstop" jawab Sophea jujur.

"Tapi kenapa aku tak tahu yang korang berdua pergi dinner sama-sama? Korang ada sorok something eh dari aku?" Soal Tya lagi. Dirinya curious dengan perkara ini.

"Itu sebab aku rasa serba salah tengah hari tu tak lunch sama dengan dia so sebagai tanda minta maaf aku ajak la dia dinner" terang Sophea.

"Kau pakai dress hitam semalam?" Sophea mengangguk kepalanya membuatkan Tya menepuk meja.

Sophea terkejut dengan tindakan rakan nya itu, dah macam ahli penyiasatan.

"Sah la korang ada something. Fahim pun pakai baju hitam semalam" ujar Tya.

Bukan itu sahaja, malah dia ternampak lock screen telefon abangnya itu gambar perempuan memakai dress hitam.

Walaupun gambar itu dari arah belakang dan ada effect gegar, dia tetap kenal orang itu ialah Sophea.

"Ya Allah, Tya. Benda tu kebetulan, aku pun tak tahu yang Fahim nak pakai baju hitam" jawab Sophea yang sudah pasrah dengan soalan daripada Tya.

Sungguh perkara itu memang kebetulan!

"Fine, macam ni la kawan. Benda ni pun tak nak jujur dengan aku" ujar Tya yang suaranya sudah bertukar menjadi sayu.

Sophea menepuk dahinya. No wonder la Fahim dengan Tya ini adik beradik, lebih kurang sama perangai mereka iaitu memeningkan.

"Tya, aku kalau ada apa-apa dengan Fahim kau la orang pertama aku bagitahu. Walau orang tu bukan Fahim sekali pun aku tetap bagitahu kau dulu" jelas Sophea ingin menghentikan perkara ini dari jadi topic perbualan.

"Betul ni tak tipu?" Soal Tya lagi.

"Betul, Fathiya Syakira" geram Sophea dibuatnya sehinggakan sebut nama penuh rakannya itu.

Apa yang dia beritahu Tya tadi semuanya jujur. Dia dan Fahim hanya berkawan.

"Sayang" panggil Fahim yang sedang memandu kereta dalam perjalanan menghantar Sophea pulang ke rumah Puan Maria.

"Ya" balas Sophea memandang ke arah Fahim.

"Apa maksud you haritu yang you bagi I peluang?" Soal Fahim. Soalan ini kerap bermain difikirannya sejak dikatakan oleh Sophea haritu.

"Peluang untuk berkawan" balas Sophea ringkas. Ya, dia mahu setakat kawan sahaja dengan Fahim buat masa ni.

"Kawan je?" Soal Fahim lagi pinta kepastian.

"Ya kawan, I tak ready lagi nak lebih dari tu. You faham kan?" Ujar Sophea jujur, buat masa ini biar la mereka berkawan terlebih dahulu.

Mereka berdua pun baru dalam fasa nak berbaik semula.

"Tunggu you 10 tahun pun I sanggup, sayang" balas Fahim.

"Kawan pun kawan la asalkan I boleh panggi you sayang dengan baby" ujar Fahim lagi membuatkan Sophea sudah tersenyum.

Dia suka bila Fahim memanggilnya dengan panggilan itu, perut nya dipenuhi dengan rama-rama yang berterbangan.

His BambinaWhere stories live. Discover now