Chapter 71

18.1K 1.1K 74
                                    

"Sophea, kau okay tak? Cuba cerita dekat aku apa jadi" Tya tak berhenti mengetuk pintu bilik Fahim.

Risau dibuatnya, Sophea mendiamkan diri dalam bilik dari tadi. Entah apa yang jadi pun dia tak tahu.

"Sophea, mommy ni. Buka pintu ni sayang, kamu tu mengandung tak baik biarkan perut kosong" kini Puan Amanda pula cuba memujuk menantunya.

Dia pasti mesti ada sesuatu yang terjadi. Kalau tidak, tak ada nya Fahim call dirinya dan Tya bertalu-talu.

Apa je la masalah anak menantunya ini. Sophea tu sudah la masih baru dalam fasa kehamilan, minta dijauhkan perkara yang tak sepatutnya.

"Sophea, kesian dekat babies tu. Kamu tak makan apa pun lagi hari ni, tak elok tau untuk ibu mengandung" tak berputus asa Puan Amanda memujuk satu-satunya menantu perempuan yang dia ada.

Handphone Tya berdering sekali lagi dan masih dari panggilan yang sama.

"Hello"

"Tya, Sophea mana? Aku call banyak kali semua masuk voicemail." Suara Fahim kedengaran mendesak adiknya.

"Sophea ada je dalam bilik kau. Kau ada buat something ke belakang dia, Fahim?" Soal Tya tak mahu berdalih lagi.

Kalau Sophea tak nak cakap, Fahim pun tak nak cakap lagi pening kepalanya nanti.

"Aku buat apa? Tak ada kerja aku nak buat benda pelik belakang Sophea la Tya" nadanya seperti sedang menahan marah.

"Kalau kau tak ada buat apa-apa, Sophea tak kan diamkan diri macam ni. Tolong la Fahim, nak buat something ingat Sophea tu sikit" Tya berikan pesanan buat Fahim.

Walau apa yang jadi dia memang lebih menyebelahkan Sophea daripada abangnya sendiri.

"Masalahnya aku tak ada buat apa-apa" tercetus kemarahan yang ditahan selama ini.

"Sophea!" Tya terus toleh ke arah Puan Amanda lalu panggilan dimatikan serta-merta.

"Ya Allah Sophea, kenapa sampai macam ni?" Puan Amanda menarik Sophea ke dalam pelukannya.

Luruh jantungnya lihat Sophea yang keluar dari bilik dengan mukanya yang sembab. Sah ada sesuatu yang terjadi!

"Sophea, kau okay tak?" Soal Tya risau.

Handphone yang berdering dia hanya abaikan, sekarang tumpuannya pada Sophea sahaja.

Sophea menggeleng kepalanya lemah. Dia kecewa dengan Fahim yang selama ni manjakan dirinya tapi di belakang lelaki itu lain.

"Sophea cerita dekat mommy apa jadi" Puan Amanda menarik menantunya duduk di kerusi yang berada di dalam bilik Fahim.

Sophea menunjukkan gambar yang tertera pada screen handphone nya pada Puan Amanda.

Jelas kelihatan muka Fahim sedang tersenyum mesra pada gadis berada di hadapannya. Muka gadis itu tak nampak kerana dia membelakangi camera tetapi apa yang dia pasti gadis itu memang sedang mengandung.

Setelah Sophea mematikan panggilan sebentar tadi, Lisa ada send gambar ini padanya.

Bagai mahu gugur jantungnya bila lihat gambar tersebut. Benar kah Fahim ke Kedah kerana outstation? Fahim curang dengan dia ke? Bermacam-macam perkara negative bermain difikirannya.

"Astaghfirullah, betul ke gambar ni Sophea?" Soal Puan Amanda sayu.

"Sophea tak tahu, staff Sophea dekat KL yang send gambar ni" jawab Sophea lemah, air mata dah kering ketika ini.

His BambinaWhere stories live. Discover now