Chapter 44

19.9K 992 68
                                    

"Sophea, ni kasut untuk kau pakai esok" Tya meletakkan sepasang heels di dalam bilik Sophea.

"Alright thank you. Kau ada nampak kad kahwin aku yang lebih tak? Aku nak tangkap gambar tapi tak jumpa" Sophea memandang ke arah Tya.

"Dekat luar rasanya, aku pergi tengok kejap"

Sophea masih mencari di dalam kotak yang mempunyai lebihan barang gubah hantaran.

"Nah" Tya menghulurkan sekeping kad pada Sophea.

"Ada pun" kad jemputan itu bertukar tangan.

"Aku nak pergi tolong Aqil jap, kalau ada apa-apa panggil je aku" Sophea hanya mengangguk.

Sophea merenung kad jemputan itu lama.

Walimatul urus

Sophea
&
Fahmi 

Sophea mengeluh perlahan.

Esok merupakan hari di mana dia akan mempunyai tanggungjawab yang baru.

Kali terakhir dia berjumpa dengan Fahmi masa di Mall, Fahmi bersama dengan Dina.

Dia ada cerita perkara ini pada Tya, tapi hatinya kosong ketika itu.

Tak ada rasa marah, cemburu malah jauh sekali kecewa.

Tya ada je tanya dirinya banyak kali berkenaan mahu teruskan atau pun tidak perkahwinan ini, hatinya kuat mengatakan ya sebagai jawapan.

Sophea malas nak fikirkan hal itu, hari pun semakin suntuk jika nak batalkan majlis. Dia hanya minta yang terbaik buat dirinya.

"Amboi, berseri sungguh muka bakal pengantin ni" usik adik kepada Puan Maria melihat Sophea yang baru turun dari tangga.

"Tak ada la mak usu ni, baru sampai ke?" Sophea menyalam tangan orang tua itu.

"Haah, dah ready esok nak kahwin?" Sophea hanya tersenyum.

"Makin cantik mak usu tengok kamu ni, macam budak remaja"

"Ada je la mak usu ni nak mengusik. Okay la Sophea nak jumpa ibu kejap" Sophea meminta diri terlebih dahulu.

"Ibu" panggil Sophea meleret menempel di sebelah Puan Maria.

"Eee dah nak jadi bini orang pun masih nak manja dengan ibu" usik Adrian menarik Puan Maria ke dalam pelukannya.

"Ish tak payah la sibuk. Ibu, tengok abang Adrian ni" rungut Sophea.

Adrian sudah tertawa puas hati.

"Kamu tu abang tau Adrian, kerja nak usik Sophea je"

Kali ni Sophea pula tertawakan Adrian.

"Padan muka" Sophea menjelirkan lidah pada abang nya.

"Eleh Sophea tu kena ingat, esok dah jadi bini orang dah tak ada nak menempel dengan ibu macam ni" sengaja Adrian mahu buat Sophea marah.

"Biar la, nanti menempel la dekat suami Sophea pula" jawab Sophea memberikan jelingan pada Adrian.

"Tengok tu bu, belum apa-apa dah nak menggedik dengan laki"

"Eee mana ada!"

"Sudah! Bergaduh pula budak berdua ni. Kamu ada apa datang sini?" Soal Puan Maria memandang Sophea.

His BambinaWhere stories live. Discover now