Chapter 79

18.9K 1K 89
                                    

"Abang, tolong la panggil kan doctor ke nurse ke tak kisah la. Sophea dah tak tahan dah ni" makin berpeluh dahi Sophea bila rasa contraction pada bahagian perutnya.

Rasa nak cabut perut letak tepi kejap. Tak pernah jumpa sakit macam ni rupa.

"Sayang, kejap lagi doctor datang. Sayang nak apa-apa tak?" Sepanjang masa Fahim setia berada di sebelah Sophea. Jatuh kasihan bila lihat Sophea menahan rasa sakit.

"Nak beranak je ni" jawab Sophea dalam nada marah. Keadaan macam ni lagi mahu tanya nak apa. Ni semua salah Fahim!

Fahim menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kali ni je dah berapa kali kena marah. Tak apa la, dia faham keadaan Sophea sekarang ni.

"Dah, lepas ni Sophea tak nak mengandung lagi" ujar Sophea tajam menikam anak mata Fahim. Laju sahaja laki itu mengangguk setuju.

"Puan Sophea, kita nak check awak punya bukaan. Kalau tak ada apa-apa kita boleh proceed" serentak dua laki bini itu menoleh ke arah doctor yang baru masuk ke dalam biliknya.

"Tolong la doctor, saya dah tak tahan sangat ni" adu Sophea pada doctor itu.

"Bagi saya check dulu ya, bismillah" doctor menyelukkan tangannya untuk check bukaan untuk baby keluar.

Kuat Sophea menggenggam tangan Fahim, laki itu pun tak kisah. Nak genggam ke cakar ke sampai kulit koyak pun buat la. Sophea lagi sakit nak banding dengan semua tu.

"Dah 8cm, puan tunggu sini sebentar nanti ada nurse akan datang bawa ke labour room. Encik kalau nak masuk teman isteri pun boleh. Saya minta diri dulu ya" terang doctor itu sebelum membawa langkah keluar.

"Abang, Sophea takut" meleleh air matanya melihat ke arah Fahim. Kalau la sekali teran keluar dua dua kan senang.

"Sayang, sikit je lagi. Sayang kuat kan, abang teman sayang sampai anak kita keluar." Fahim mengucup dahi Sophea lama.

Tengok Sophea menahan sakit, dia turut rasa sakit bila lihat raut wajah isterinya.

"Sophea minta maaf, Sophea degil tak dengar cakap abang lepastu banyak susahkan abang. Tadi banyak kali Sophea marah abang, maafkan Sophea tau"

"Encik, pakai ni dan ikut kami ke labour room" terjah seorang nurse diikuti dengan dua orang lagi dan menarik katil Sophea untuk menuju ke labour room.

Laju sahaja Fahim menyarung pakaian tersebut dan mengejar langkah nurse itu tadi.

"Nurse, mana suami saya?" Soal Sophea bila perasan Fahim tiada di sebelahnya.

"Sayang, abang ada dekat sini" Fahim menerpa di sebelah Sophea.

"Puan, saya rasa dah boleh mula sekarang. Saya cakap push puan teran ya" pesan doctor itu, Sophea sudah memejamkan matanya.

Fahim tak berhenti membaca ayat dan beri pesanan pada telinga Sophea.

7.45 pagi, Sophea selamat melahirkan kedua-dua anaknya. Kembar sepasang.

"Fahim, Sophea okay tak?" Soal Tya sejurus sahaja Fahim keluar dari labour room.

Fahim hanya menggeleng sebagai jawapan. Lemah kakinya melangkah ke arah Tya.

"Kau ni cakap la betul-betul. Sophea macam mana? Anak-anak kau?" Soal Tya risau bila lihat abangnya lemah semacam.

"Baby selamat tapi Sophea" jawab Fahim perlahan dengan ayat tergantung.

"Kenapa dengan Sophea?" Desak Tya tak puas hati dengan jawapan yang diberi oleh Fahim.

"Aku tak tahu, dia tak sedar lepas lahirkan anak aku" Fahim kini berada di tahap yang selemah-lemahnya. Perkara yang dia takut, perkara yang dia tak nak berlaku, perkara yang dia nak elak daripada terjadi.

His BambinaWhere stories live. Discover now