Chapter 75

23K 1.1K 101
                                    

"Dah tahu perangai ibu macam tu lagi nak sorok kan benda macam ni dari dia" ujar Adrian sambil berjalan masuk ke dapur.

"Bukan Sophea tak nak bagitahu, masalahnya Fahim pun baru tahu tadi tau." Balas Sophea tak puas hati.

"Abang faham je, biasa la ibu kau tu. Untung anak korang berdua ni nanti, keluar-keluar terus dapat uncle handsome plus hot" angkuh kata-kata yang dilontarkan oleh Adrian dengan tangannya memeluk tubuh menunjukkan muka bangga.

Sophea dan Fahim sudah memandang sesama sendiri. Berlagak sungguh bujang tua seorang itu.

"Perasan" balas Sophea lalu pergi ke ruang tamu semula meninggalkan Fahim dan Adrian berdua di dapur.

"Laju betul kau buat kerja eh" Fahim menoleh memandang ke arah Adrian.

"Menggunakan masa dengan betul" balas Fahim sebelum kedua-dua nya tertawa kecil.

"Tapi bukan takat tu je" sambung Fahim membuatkan Adrian tertanya-tanya.

"Ada berita lain ke?" Soal Adrian tidak sabar.

"Twin" sepatah sahaja Fahim bercakap sebelum berlalu mengikuti langkah Sophea.

"Bapak hebat!" Kedengaran suara Adrian menjerit di dapur.

"Apa yang Adrian duk terjerit tu Fahim?" Soal Puan Maria kepada menantunya.

"Ibu, nanti ibu dapat 3 cucu!" Belum sempat Fahim ingin menjawab, Adrian sudah terjerit dari arah dapur terlebih dahulu.

"Kenapa 3? Kamu nak bagi ibu cucu juga ke?" Puan Maria memandang Adrian dari atas hingga bawah.

Terus berubah muka Adrian bila ditujukan soalan sebegitu rupa.

"Nak bagi macam mana, isteri pun tak ada" perli Aryan sebelum mengekek tertawakan Adrian.

"Diam la kau" Adrian mencampakkan bantal tepat ke arah Aryan bagi melepaskan geram.

"Bukan dari Adrian tapi Sophea, dia pregnant kembar ibu!" Teruja Adrian memberitahu Puan Maria.

Sophea memandang Fahim lama, tak pandai simpan rahsia betul. Dah la Adrian sejenis yang kecoh saing-saing makcik bawang.

"Betul ke ni Sophea? Wah, meriah la rumah ibu nanti bila cucu-cucu balik. Kamu kena jaga diri betul-betul Sophea, jangan buat kerja berat sangat. Mengandung kembar ni lagi la nak kena jaga diri tu, jangan fikir seronok je manjang. Fahim pun kena pantau isteri tu, agak-agak dia buat benda yang terlarang marahkan. Tak apa, ibu izinkan kamu nak marah Sophea." Sekali gus Puan Maria memberi pesanan.

Fahim hanya menganggukkan kepalanya, dia nak marah Sophea? Dapat greenlight lebih dari 10 pun belum tentu dia nak marah isterinya itu.

"Dengar la ibu punya bebel tu, aku dengan kak Mel kau dah pernah kena" ujar Aryan bersahaja sambil makan goreng pisang yang dibeli nya tadi.

"Mel yang ada pengalaman pun bukan nya bermakna tak payah jaga betul-betul. Masih kena beringat, ingat senang ke nak dapat anak. Dah dapat tu kena jaga sungguh-sungguh" Puan Maria sambung membebel.

"Ya ibu" balas Sophea ringkas, nanti cakap lebih lagi panjang ibunya itu membebel.

"Habis la Faiq, lepas ni dah tak ada siapa nak layan Faiq. Baba dengan mommy sayang adik je lepas ni." Sakat Adrian ingin menyakitkan hati anak buahnya itu.

"Faiq ada mama dengan papa" jawab Faiq tak mahu kalah.

"Eee tak malu, mama dengan papa pun ada baby baru lepas ni. Siap dua orang lagi, so mama dengan papa mesti la focus dekat baby baru daripada Faiq" balas Adrian sambil tangannya menolak-nolak bahu Faiq perlahan, sengaja mahu buat anak kecil itu bertambah sakit hati.

His BambinaWhere stories live. Discover now