Chapter 84

17.3K 1K 67
                                    

"Sayang, abang nak keluar jap. Emeyr minta tolong dekat balai, kejap je. Settle semua abang balik, boleh?" Fahim meminta izin dari isterinya, entah kenapa Emeyr suruh datang balai pula.

"Boleh, pergi la. Kirim salam pada Emeyr, lama Sophea tak jumpa dia" kali terakhir dia bersua muka dengan Emeyr pun entah bila, tak ingat langsung.

"Nak jumpa dia buat apa? Baik jumpa abang hari-hari" kedengaran suara Fahim yang sedikit cemburu.

"Sebab jumpa b hari-hari la Sophea nak jumpa dengan Emeyr pula. Sophea suka kening dia, tebal and terbentuk je. Handsome pun handsome, gentleman, apa lagi eh?" Sophea makin buat Fahim bertambah cemburu.

"Yang, apa ni" rengek Fahim tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh isterinya.

"Sophea cakap benda betul, first time Sophea jumpa dia time accident dulu tu fuh terpukau la juga. Tapi entah macam mana boleh jumpa b pula" makin galak Sophea mendengki Fahim, kena tenung dengan renungan yang tajam pun dia buat tak tahu sahaja.

"Sayang ni, sebelum ni tak pernah pula cakap pasal benda ni. Kenapa tiba-tiba nak puji budak si Emeyr tu pula. Abang depan sayang ni ha tak nak puji pula." Kata Fahim tak puas hati, menyirap hatinya dengar Sophea puji lelaki lain selain dari dia.

"Tak, dah alang-alang abang cakap nak jumpa Emeyr. Sophea cakap je" Sophea tayang muka yang tidak bersalah.

"Tak jadi la abang nak keluar. Lantak la sana dengan Emeyr tu" Fahim mula merajuk, kalau Emeyr tu dekat sebelah dah lama dia luku-luku budak tu.

"Ish jangan la macam tu. Kesian Emeyr, buat nya benda penting yang dia nak minta tolong. Abang tak nak pergi pula, pergi je la Sophea tak kisah pun" pujuk Sophea tetapi masih berada pada side Emeyr.

Jarang nak tengok Fahim cemburu kerana dia tak ada kawan lelaki selain Aqil. Alang-alang dah ada peluang ni, dia cucuk jarum la sebab nak tengok suami cemburu punya pasal.

"Baby suka Emeyr ke?" Fahim masih tak puas hati kerana Sophea kelihatan seolah-olah tertarik pada lelaki itu.

"Dulu suka la juga, sekarang ni hmm boleh la" terletus tawa Sophea lihat jelingan daripada Fahim.

"Tak la, Sophea gurau je. Tak kan la Sophea nak suka dua lelaki dalam masa yang sama. Fahim Mikhaèl, the one and only my husband. Tak payah la cemburu sangat, Sophea bukan nya nak sangat pun dengan Emeyr tu" cepat-cepat Sophea memujuk suaminya sebelum makin berlaratan.

Silap-silap Fahim tak nak keluar bilik hari ni.

"Betul ni?" Fahim masih rasa cemburu walaupun Sophea dah terangkan pada nya. Tapi mustahil la kalau lelaki lain dekat luar sana tak tertarik pada Sophea.

Tak boleh jadi macam ni. Tak kan dia nak buatkan Sophea tag yang tertulis bahawa gadis itu ialah isterinya? Tak masuk akal langsung.

Bak kata Aqil pun, macam dia sorang je yang ada bini.

"Betul sayang" Sophea mengusap kedua belah pipi Fahim. Takut benar kalau dia suka orang lain.

"Dah pukul berapa ni, nanti lewat pula Emeyr tunggu"

"Please yang, jangan sebut nama dia" sekali lagi Sophea tertawa dengan gelagat Fahim.

"Ya ya tak sebut lagi. Dah pergi sana, settle cepat kan nanti cepat balik" halau Sophea secara halus, kalau melayan sampai ke sudah lakinya tak gerak-gerak.

"Abang pergi dulu, apa-apa call abang. Ni sayang rehat je la, Aisar dengan Aireen pun mommy yang jaga. Love you, Assalamualaikum" seperti biasa, Fahim akan cium dahi Sophea sekilas sebelum melangkah keluar dari bilik nya.

His BambinaWhere stories live. Discover now