Chapter 25

25.5K 1.2K 109
                                    

"Selamat petang Tuan" ucap dua orang pegawai kepada Fahim yang baru sahaja masuk ke balai itu.

"Selamat petang" balas Fahim yang tersenyum lalu masuk ke biliknya.

Dua orang pegawai itu memandang antara satu sama lain, hairan dengan Tuan Fahim sebentar tadi.

Jarang la mereka nak nampak lelaki itu senyum, selalunya 24/7 muka dingin yang ditunjukkan. Kali ini terpancar senyuman bahagia pada wajah Tuan Fahim mereka itu.

Mereka angkat bahu lalu sambung membuat tugas yang tergendala.

"Ha ni dah kenapa pula tersengih macam kena pukau" tegur Emeyr sejurus sahaja kaki Fahim melangkah masuk ke bilik. Pelik-pelik je la rakan nya ini, kejap dingin kejap sengih.

"Woi, aku cakap dengan kau ni" ujar Emeyr lagi memandangkan Fahim masih tersenyum mengabaikan dirinya.

"Ya aku dengar" balas Fahim yang masih tersenyum lagi. Tanpa pedulikan Emeyr yang sedang merenung diri nya, Fahim terus merebahkan badan pada kerusi kerja nya.

"Gila ke apa? Ni budak 3 orang yang kau hantar semalam apa cerita?" Soal Emeyr dengan nada yang menyampah, menyirap tengok Fahim dari tadi tersenyum.

Elok dia hantar dekat tanjung rambutan je dah kalau macam ni gaya nya.

"Dorang nak sentuh Sophea" balas Fahim dingin, terus mood lelaki itu berubah serta merta.

Kini dia tak boleh nak tersenyum bila teringatkan 3 orang itu.

"Sophea macam mana?" Soal Emeyr lagi yang masih tak henti merenung Fahim. Sah kawan nya ini gila, dari tersenyum macam orang tak betul terus berubah jadi dingin.

Semalam dia hanya dapat panggilan daripada Fahim, suruh angkut ketiga-tiga orang itu. Bila dia tiba dekat tempat kejadian itu, Fahim terus memecut pergi dari situ.

Tak dia sempat mahu bertanya lebih.

"Nasib Sophea okay kalau tak aku rembat setiap sorang" ujar Fahim dengan dengusan yang sedikit kuat. Dia sanggup buat apa saja asalkan manja nya selamat.

"Dorang punya test urine semua positive" beritahu Emeyr. Orang seperti itu tak pelik la kalau test urine mereka positive dadah.

"Tahu, kau settle kan la kes dorang tu. Aku busy sikit" ujar Fahim sambil membuka PC di hadapan nya.

Dirinya dah cukup kenal untuk bezakan orang yang mengambil dadah dan tidak mengambil dadah.

"Kau busy apa nya? Bukan ada kes pun" soal Emeyr. Mentang-mentang tugas rakan nya ini jenis yang tugas di luar, senang je serahkan kes pada dia.

"Busy nak fikirkan Sophea" ujar Fahim tersenyum sebelum sesuatu menyinggah pada badan nya.

"Malas aku layan orang gila macam kau ni" Emeyr terus keluar dari bilik itu meninggalkan Fahim yang masih tersenyum. Dia dah cakap yang rakan nya itu kena pukau.

Fahim rasa dirinya boleh jadi tak betul jika begini setiap hari.

Selepas dia berbual dengan Sophea pagi tadi, terus dia tak nampak gadis itu lagi. Bila tanya pada Adrian, katanya Sophea duduk dalam bilik tak mahu keluar.

Fahim pun tak mahu berlama di rumah itu, Adrian keluar pergi ke Hospital dia juga turut keluar balik ke rumah Puan Amanda.

Gadis nya itu, puji orang bukan main berani lepastu terus lesap.

Kalau macam ni, hari-hari dia akan pakai kain pelikat!

Sementara itu,

"Sophea, kamu ni kenapa? Tak nak keluar bilik pula" ujar Puan Maria sambil bercekak pinggang berdiri di hadapan pintu bilik Sophea. Sejak pagi tadi anak nya begitu.

His BambinaWhere stories live. Discover now