Chapter 35

20.4K 876 12
                                    

"Lisa, jap lagi ada stock sampai tau. Kalau orang tu datang you suruh dia letak dekat store" pesan Sophea.

"Okay akak. Lisa nak pergi beli breakfast jap, akak ada nak kirim apa-apa?" Lisa mengambil purse di dalam bag nya.

"I dah makan tadi. Nisa mana?" Sophea meninjaukan kepalanya mencari kelibat Nisa.

"Nisa datang lambat sikit" Sophea mengangguk.

"You pergi la beli untuk Nisa sekali. Nah, duit baki simpan je" Sophea hulurkan not 50 pada Lisa.

"Eh tak apa la akak. Banyak sangat ni" Lisa tolak huluran Sophea.

"I memang nak belanja. Ambil la kalau tak I merajuk" ujar Sophea buat-buat suara seperti merajuk.

"Okay okay Lisa ambil. Terima kasih akak, Lisa pergi jap"

"Hati-hati" pesan Sophea sebelum Lisa keluar dari boutique.

Selang beberapa minit, seseorang masuk ke dalam boutique.

Sophea melihat orang yang masuk itu tetapi ternyata bukan Lisa mahu pun Nisa.

"Fahmi?" Lelaki itu berjalan mendekati dirinya.

"Morning" ucap Fahmi memberikan senyuman pada Sophea.

"Ya morning. Pagi-pagi dah datang boutique saya, ada apa-apa ke?" Soal Sophea ingin tahu.

"I just nak sampaikan pada you. My mom ajak you datang rumah malam ni dinner. Kalau you free datang la tapi dia memang harap you datang sangat-sangat" jelas Fahmi.

Sophea hanya memandang lelaki itu. Dah kalau cakap Puan Kalsom berharap dia datang sangat-sangat kiranya dia tak ada pilihan untuk menolak la kan?

"Insyallah saya datang" balas Sophea ringkas.

"Nice. Okay la saya nak masuk office dulu, jumpa malam ni" ujar Fahmi menayangkan senyuman yang lebar buat Sophea.

"Okay" balas Sophea sebelum Fahmi hilang daripada pandangan.

Kenapa la dirinya yang kena hadap semua ni? Tak boleh ke kalau hidup nya aman seharian tanpa gangguan.

Rasa macam mahu sembunyikan diri setahun! Lari dari orang lain, orang lain pula yang datang.

"Hi akak!" Tegur Nisa ceria berjalan ke arah Sophea.

"Mana Lisa?"

"Lisa pergi beli breakfast. Nisa ceria semacam je hari ni, ada berita gembira ke?" Sengaja Sophea menujukan soalan itu.

"Gembira! Boyfriend hantar Nisa pergi kerja tadi" badannya sudah berpusing ke kanan ke kiri.

"Ohhh patut la pergi asing dengan Lisa. Bukan main lagi muda-muda dah ada boyfriend" usik Sophea, Nisa sudah tersenyum malu.

"Dia ni memang kak. Gatal tak bertempat, tu yang ada boyfriend" sampuk Lisa yang baru tiba.

"Eleh kau pun sama gatal. Cakap je la kau jelous sebab tak ada boyfriend lagi" balas Nisa tak puas hati.

"Aku nak cari yang betul-betul untuk buat suami terus. Buang masa je kalau kenal dengan orang yang salah" ujar Lisa tak mahu kalah.

"Mengaku je la diri kau tu tak laku" perli Nisa.

"Mana kau tahu aku tak laku? Ramai je nak try aku tapi aku yang reject" jawab Lisa bengang.

Sophea yang melihat kembar itu bergaduh, sudah pening. Kejap matanya pandang Lisa, kejap lagi pandang ke arah Nisa pula.

His BambinaWhere stories live. Discover now