Chapter 2

30.4K 1.3K 128
                                    

"Selamat pagi Inspektor Fahim" ucap Emeyr sambil angkat tangan tabik kepada rakan nya itu.

"Tak payah nak inspektor sangat. Aku tumbuk jap lagi" kata Fahim. Dia hanya bergurau. Bukannya tidak kenal Emeyr tu macam mana, banyak bergurau dari serious.

"Hekeleh kerek seyy" Emeyr menolak bahu Fahim sambil tergelak.

Nak gurawr sikit pun tak boleh bujang tua ni.

"Eh kau nak tahu, tadi pagi-pagi aku dah dapat kes report accident. Budak cina tu sumpah tak rilek datang-datang terus nak marah. Nasib la perempuan yang datang sekali tu cantik, sejuk mata memandang sejuk lagi hati aku menengok nya." Ujah Emeyr panjang berjela. Sungguh dia akui cik Sophea yang tadi itu manis betul muka nya. Patut dia minta nombor tadi mana la tahu jodoh kan. Bila orang tanya kenal dekat mana, boleh la dia jawab kenal dekat balai.

Tak sweet gitu?

"Teruk ke accident nya?" Tanya Fahim

"Kereta budak tu yang undur then langgar bumper Sophea. Nasib la Sophea tu tak melenting macam dia. Sekali aku minta lelaki tu punya lesen, baru dia takut. Bawa kereta pandai tapi tak nak ambil lesen. Pelik aku" bebel Emeyr. Fahim memandang kawan nya itu. Dia tak salah dengar kan nama yang keluar dari mulut Emeyr itu? Sophea.

Sophea yang sama atau Sophea yang berbeza? Sophea yang dia jumpa dekat luar tadi? Sophea kawan baik adik nya itu? Atau lagi tepat, Sophea yang dia lukai?

"Siapa nama perempuan tadi? Sophea?" Tanya Fahim. Emeyr menganggukkan kepala nya.

"Teruk ke kereta dia? Dia nya macam mana? Ada cedera apa apa ke?" Bertalu soalan yang keluar dari mulut Fahim. Sungguh dia risau.

Emeyr memandang rakan nya itu dengan pandangan yang pelik. Dah kenapa Fahim tanya soalan macam Sophea tu kekasih dia?

"Aku tak tengok la pula keadaan kereta dia macam mana tapi dia nampak okay je tak ada cedera mana-mana" terang Emeyr. Terlihat Fahim menghela nafas menunjukkan dia lega, syukur tak ada apa-apa yang jadi pada gadis itu.

"Kau dah kenapa? Kau kenal ke Sophea tu? Bukan main risau lagi muka tu." Emeyr menyoal kepada Fahim.

"Dia la Sophea yang aku cerita pada kau" Emeyr sudah membeliakkan mata nya

"Sumpah la? Bukan main cantik macam tu kau reject? Uish kalau aku jadi kau, aku menatang Sophea macam minyak yang penuh. Kau boleh sia-sia kan macam tu je?" Sungguh dia tidak faham dengan rakan nya ini. Apa yang kurang nya Sophea itu?

"Aku dulu bodoh Meyr. Aku fikir yang Sophea tu budak mentah. Aku jauh kan diri dari dia end up, aku cakap benda yang boleh luka kan hati dia. Tya cerita pada aku semua benda yang jadi pada Sophea 8 tahun yang lepas. Sumpah aku menyesal. Aku la manusia paling bodoh tinggal kan orang yang cinta kan aku" sungguh dia menyesal kerana buat Sophea sebegitu rupa.

Sepanjang 8 tahun ini juga la dia pinta Tya untuk update apa sahaja tentang Sophea kepada nya. Tetapi adik nya itu berkeras untuk tidak beritahu pada dia. Bila Tya dapat tahu apa yang terjadi, Tya marah pada dia. Dia sedar akan semua hal itu. Bila dia berada jauh, tiba-tiba rasa rindu pada gadis itu.

Aryanna Sophea, gadis yang peroleh seluruh hati nya. Setiap hari nama itu tidak lekang dalam doa nya. Dia mahu menebus semua yang terjadi. Dia mahu memikat hati Sophea semula. Dia mahu Sophea tahu betapa cintanya, sayangnya dan sukanya pada gadis itu.

"Aku serempak dengan dia dekat luar tadi. Dia bertambah cantik dari dulu cuma dia bukan Sophea yang sama. Sedikit pun dia tak toleh pandang muka aku Meyr." Fahim meluah kan perkara yang terbuku di hati nya. Tidak sangka yang dia menemui gadis itu tadi, tetapi tiada sedikit calit pun senyuman di muka Sophea.

His BambinaWhere stories live. Discover now